Kalau sebelum ini aku terangkan setiap langkah dari pemasangan hingga workout pertama Freeletics, kali ini aku nak terangkan bagaimana nak mula workout baru. Sebelum tu biar aku terangkan sedikit perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam Freeletics ini.
Peringatan: Freeletics tidak ada fungsi 'Pause'. Bila telah mula, tidak boleh berhenti. Perlu teruskan sehingga habis. Untuk berehat, ambil masa di antara eksesais.
Exercises
Eksesais ni adalah ulangan untuk sesuatu pergerakan senaman.Contoh:
10 x Push ups - Satu eksesais
10 x Sit ups - Satu eksesais
Workouts
Adalah satu set eksesais yang perlu dihabiskan dalam aturan dan ulangan yang dinyatakan.Contoh:
Workout : Metis
|
||
---|---|---|
Pusingan 1
|
Pusingan 2
|
Pusingan 3
|
10 x Burpees
10 x Climbers
10 x Jumps
|
25 x Burpees
25 x Climbers
25 x Jumps
|
10 x Burpees
10 x Climbers
10 x Jumps
|
Run
Berlari (run) adalah larian pecut dalam jarak yang diberikan. Berlari amat sesuai untuk latihan ketahanan kardiovaskular.
Menu
Menu ni hanya biasa digunakan oleh kami di group whatsapp Freeletics Pahang. Menu ini adalah senarai workout yang dikeluarkan untuk dilakukkan untuk minggu tertentu. Contoh:
Menu |
Bagaimana untuk mulakan workout?
- Mula-mula mestilah buka app Freeletics Bodyweight,
Cari ikon ni dalam handphone
- Paparan yang akan keluar adalah Feed. Dalam paparan ini ada ditunjukkan workout dan eksesais yang telah dibuat oleh kawan-kawan anda. Tekan butang Menu (≡ sebelah kiri FEED).
Paparan Feed
- Dalam Menu ini pilih Training.
Pilih Training
- Pilih workouts kalau anda nak lakukan workout. Kalau eksesais, pilih Exercises.
Pilihan senama yang hendak dilakukan
- Pilih workout yang anda mahu buat.
Senarai workout yang ada.
- Untuk tambah bilangan ulangan workout, tekan volume. Tapi untuk pertama kali ini tekan Next.
Tekan Next
- Senarai ekesais yang perlu dibuat. Graf itu menunjukkan bilangan masa yang perlu diambil untuk setiap eksesais. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana nak melakukan eksesais, boleh lihat video yang disediakan (tekan video untuk tonton). Untuk teruskan workout, tekan Do Workout.
Tekan Do Workout
- Bersedia untuk mulakan workout. Pastikan eksesais yang perlu dilakukan. Tekan Start Workout.
Start Workout
- Setiap kali selesai eksesais, tekan pada masa untuk teruskan eksesais yang seterusnya.
Tekan masa (00:57) setiap kali habis eksesais
- Tamat workout. Tekan Save Workout.
Save workout
- Tulis komen. Komen ini akan keluar di paparan Feed. Sekiranya anda rasa telah lakukan setiap eksesais dengan sempurna, boleh tekan bintang (penjuru bawah kiri). Boleh nak masukkan gambar ataupun pos ke Facebook. Jangan lupa simpan (tekan ✔).
Boleh masukkan komen. Dan hantar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan