Baru-baru ini aku ada tanya tukang paip, berapa harga dia ambil kalau pasang kepala paip untuk luar rumah? Lepas kira-kira, dia sebut lebih RM100. Terdiam juga aku sebab nampak macam sikit saja. Jadi dengan perasaan nak buat sendiri tu datang, aku pergi survey harga besi.
Barang-barang yang aku beli |
Mula-mula hajat nak survey tapi aku terus beli. Beli di kedai lain-lain. Nama-nama aku tak tahu sebab bukan tukang paip pun.
- Kepala paip
- Penyambung
- Batang paip 2 kaki
- Siku 90° sama
- Batang paip 6 inci
- Tee sama
- Adapter pengecil (antara f dan e)
- Pita PTFE x 3
Jumlah semua anggaran dalam RM60-70. Bahagian d, e, f dan g harga dalam RM32 (beli satu kedai). a, b dan c harga RM30 (kurang ingat yang ini).
Dah beli barang aku pun cuba pasang tapi tak cukup peralatan. Pakai spanar boleh laras mana boleh nak cengkam batang paip. Pinjam pipe wrench dari jiran tapi tak cukup sebab kena ada dua, satu untuk pegang, satu lagi untuk pusing/ketat. Jadi aku pergi Mr. DIY, beli satu pipe wrench 14" dengan harga RM25. Baru dapat buka siku 90° asal.
Mula pemasangan aku balut pita PTFE kurang tebal. Dah siap pasang, ada leaking. Kena buka balik semua dan balut tebal-tebal. Sebagai nota: balut ikut arah jam. Kalau balut ikut lawan jam, pita tu akan terbuka sedikit semasa penyambungan.
Dalam setengah jam siap. Tak banyak gambar aku ambil sebab kerja dengan air ni takut handphone terkena air. Lagi pun tangan basah. Kena lap kering baru boleh nak snap gambar. Jadi ada gambar dah siap buat saja.
Kos aku buat sendiri ini di bawah RM100. Itu pun setelah termasuk harga pipe wrench. Nak kata susah tak de pulak, tapi kudrat kena ada sebab nak buka paip masa mula-mula memang ketat. Rumah masih baru tapi tengok dalam paip banyak keladak. Masa ketatkan pun kena pakai tenaga. Tapi dengan kos RM 70 tu, memang berbaloi buat sendiri. Puas hati.
Kemaskini tahun 2020
Nampaknya yang ramai menulis di ruangan komen agak tidak bersetuju aku kedekut nak bayar upah RM30-RM80 (RM100-RM150 upah pasang dan alat) tukang paip untuk pasang kepala paip ni. Mungkin diorang rasa RM30-RM80 tu sikit agaknya.
Yang aku tulis dalam blog ni adalah yang biasanya aku buat sendiri. Dari kepala paip sehinggalah wiring rumah. Sebabnya... berjimat... Bukan tidak ada yang aku upah tukang buat tetapi untuk pengalaman sendiri dan memudahkan di kemudian hari, tidak salah nak cuba sendiri.
Lagipun yang aku buat ni lepas tanya jiran-jiran. Diorang siap kata buat sendiri jer...
Ok la 100,upah 30 ja
BalasPadamMemang padan dah harga tukang paip tu.. tapi sebab rasa nak buat sendiri.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKedekut bloh buat sendiri
BalasPadamAntara kedekut dan berjimat. Tapi lebih kepada nak cuba.
PadamAssalamualaikum ... maaf Sekiranya ayat saya ni menyinggung hati.... Barang2 nk buat pun rm70... Tukang paip letak harga rm100-150 tu dah kira murah... Tukang paip tu kira upah, minyak,masa runner barang2 dll... Melainkn kalau tukang paip tu Adik beradik, kawan Rapat, saudara dll insyaallah dia kira harga barang2 je... Owner pun xkn buta perut x buat kn air😂.... Maaf ye
BalasPadamMemang betul tu, kira masa nak buat, itu ini, kalau ada duit boleh upah tukang paip saja. Tapi kalau jenis nak berjimat, lebih-lebih lagi tengah masuk rumah baru, buat sendiri boleh jugak. RM30-80 tu banyak juga tu.
PadamSetuju
Padampedulikan komen negatif tu, tak salah pun buat sendiri sebenarnya, at least dapat belajar benda baru..kalau kerja part time mcd, 5 jam kerja baru dapat rm30 tau..after all money saved is money earned.
BalasPadamtq kongsi ilmu bro.
Memang sekadar berkongsi ilum. Sebab masa mula-mula buat tu banyak juga baca dari internet. Jadi ni perkongsian saja.
PadamKalo saya pon prefer buat sndri,buat apa nk buang duit upah org kalo kita sndri boleh buat..rmh saya majority buat sndri,start wiring smpai perpaipan..smua tu hak dan pilihan pengguna.
BalasPadamBetul.. memang prefer buat sendiri tapi ikut mood juga... tengah mood ok laju jer... lagipun berjimat tu penting lagi-lagi tengah pandemic ni.
PadamTerima kasih atas perkongsian bro.. benda boleh buat sendiri.. buat je apa ada hal.. benda senang.. yang komen negatif tu samaada dia pemalas atau tak tau nak buat tp tak nak belajar..
BalasPadamBagus terima kasih shre..ni bukan kedekut ni ilmu..better belajar buat sendiri nt mudah kedepan hari kalau tukang paip sibuk
BalasPadamsalam, terbaik bos...ilmu yg kita dapat tu lebih bernilai dari upah plumber.
BalasPadamDulu masa saya bekerja makan gaji, saya befikir mcm seventhwo, nak belajar sambil berjimat. Bila da kena VSS, pengalaman tu sy guna sebagai kerjaya sy sekarang sbg tukang, paip, elektrikal dan sebagainya. Bila da buat sendiri sbg kerjaya tu yang tau rate upah, senang cerita costing, ini pon pengalamanan masa kerja makan gaji, so upah RM30 tu sangat rendah dan x perlu dipertikaikan. Mungkin tinggi bagi setengah orang, tidak bagi kami sebagai tukang. Ada yang cakap mat indon buat murah, tak juga. Yang penting kualiti dan profesionalisme kena jaga walau apa kerja kita buat.
BalasPadamBetul... kalau ada duit patut tak berkira. Sebab bila buat memang tahu susahnya.
PadamBerapa pulak kos pengangkutan dan berapa banyak masa yg diluangkan untuk mendapatkan bahan
BalasPadamAku pun suka buat sendiri. Bukan kedekut atau nak berkira tapi bagi aku ianya satu kepuasan. Macam kaki pancing jugak... lebih jimat dan cepat kalau pergi pasar beli, tapi kenapa masih ramai orang memancing?
BalasPadamAda masanya kos buat sendiri lebih mahal sebab nak beli peralatan, tapi macam aku cakap tadi.... kepuasan.
Jawapan padu
PadamTahniah dan terima kasih kepada tuan punye blog..
BalasPadamIni menunjukkan kita ini adalah orang biasa..
Kita pergi kedai pun bawak kete sendiri...
Kalau kita orang luarbiasa, pergi kedai pun drebar yang hantar..
Namun, sebagai peniaga/tukang, ini adalah cabaran..
Offering/Tawaran.. perlu lebih menarik (berqualiti atau murah atau special)..
ie. orang service kereta sendiri sbb murah.. ada yang hantar workshop sebab nak cepat, senang dan mungkin ada yg beri guarantee
Pasang Paip sampai tingak3 harga berapa
BalasPadam