Sebelum ini aku ada sebut masalah utama webe adalah sebab LTE Band 5. Untuk telefon Mi Max ni sebenarnya boleh terima LTE Band 5 tetapi tidak di"unlock". Jadi bagaimana nak unlock Band 5 ini?
Sudah puas aku cari-cari dan bertanya dan akhirnya jumpa cara paling mudah di
laman ini. Tidak perlu root. Sebagai simpanan aku sendiri dan pengkongsian, di sini aku tulis cara-cara yang diterangkan di laman tersebut.
Sebagai permulaan, sila muat turun fail-fail ini:
Peringatan : Segala masalah yang kemungkinan boleh berlaku adalah tangungan anda sendiri.
Cara-cara
1. Install Mi5 Qualcomm Driver
Mula-mula unzip/unrar dulu file yang dimuat-turun.
|
Mesti unrar dulu |
Install driver Mi5 dengan right-click file qcmdm.inf dan pilih Install
|
Install qcdmdm.inf |
2. Install QPST 2.7.434
Sama juga seperti Qualcomm driver kena unzip dulu kemudian double click setup.exe.
|
Install file setup.exe |
Kemudian Run QPST Configuration.
|
QPST Configuration |
|
Sebelum disambungkan kepada handphone |
3. Hidupkan USB debugging pada handphone
Pada handphone, sila tekan *#*#717717#*#*. "Diag USB port enable" akan muncul. Kalau keluar "Diag USB port disable", tekan code semula untuk hidup kan fungsi tersebut.
4. Sambungkan handphone ke komputer
Amat digalakkan gunakan cable USB yang dibekalkan.
|
Setelah berjaya disambungkan |
Note:
Jika komputer tak dapat kesan handphone, sila pergi Device Manager. Cari device yang ada tanda (!). Ada ditulis MiMax (!). Right-click dan install driver. Jangan tekan Search automatically.. tetapi pilih "Browse my computer for driver software". Cari folder Qualcomm Driver yang telah di unzip di langkah 1 tadi. Pilih qcmdm.inf .
|
Browse my computer |
5. Software download
Sekira handphone berjaya dikesan, pada QPST Configuration, tekan Start Clients > Software Download.
|
Start Clients > Software Download |
6. Cari file QDART_MSM8956_LTE_mimax_B8_RFNV_Test.qcn
Di kotak xQCN File, cari file QDART_MSM8956_LTE_mimax_B8_RFNV_Test.qcn.
Pastikan butang Allow phone/file ESN mismatch di tick.
|
Tekan Start |
7. Tekan Start
Setelah selesai semua setting, tekan butang Start. Prosesnya kejap saja. Tunggu 100%. Setelah selesai boleh tekan exit dan tutup QPST Configuration.
8. Reboot handphone
Mi Max akan hilang signal. Reboot handphone anda.
9. Selesai
|
Dah ada 4G |
Sebenarnya aku tak pandai sangat nak hack atau root handphone ni. Langkah yang aku ambil ini adalah dari laman web yang aku sebut di atas. Jadi sebarang pertanyaan boleh diajukan ke pemilik laman tersebut. Tetapi aku dah cuba cara ini dengan Windows 10 dan MI Max Miui 8. Selain daripada masalah driver tak install seperti langkah 4, yang lain-lain semua ok.
Tambahan
Sebelum ini, komputer aku ini dah biasa digunakan untuk unlock atau unroot handphone jadi kemungkinan ada step yang tertinggal. Kepada sesiapa yang hadapi masalah komputer tak dapat kesan handphone tu, cuba tips ini.
Saya bukan expert, jadi harap maaf kalau tak dapat menyelesaikan masalah.
Redmi 3 pro
BalasPadamSnapdragon boleh jugak ke ye
File yang disediakan khas untuk Redmi Max saja.
PadamPerlu unlock booloader x tuan..
BalasPadamTak perlu.. hanya ikut apa yang ditulis.
PadamSaya test x jadi bro... kena root ke?
BalasPadamTak perlu root. Lepas beli saya cuba buat terus buat. Masalah pada pc saja bila mula-mula tak detect.
PadamDah buat tanpa root...x jadi...adehh..
BalasPadamAda masalah macam mana? Boleh kongsi? Sebab saya guna Mi Max 64gb. Seller dah install Global ROM siap-siap.
PadamSaya lepas.
BalasPadamIkut sahaja panduannya
Terbaik..
Padamkalau windows 7 64bit boleh tak?
BalasPadamSaya hanya cuba di Windows 10 x64. Windows 7 tak pasti. Tapi kemungkinan perlu disable windows driver signature enforcement http://seventhwo.blogspot.my/2016/06/redmi-note-3g-how-to-install-mtk-vcom.html
Padamjazakallah tuan, simple dan padat. senang polo...
BalasPadamsape2 tak dapat saya bole bantu..
pmto.me/60197782924
Xjadi la.. bro ajar pls.. saya ikot step tp xunlock.. pm number phone la wasap tros hahaha
Padamdah terang2 ada no wasap.. tak habis baca sbb tu taj jadi.. huhu
Padamalhamdulillah. setelah ikut step dan menjadiii. Tq admin.
BalasPadambersyukur sangat2.. berjaya dpt LTE!! mula2 ikut step di atas. tp still dapat "H+". lepas tu dial *#*#4636#*#* pastu tuka use only LTE. terus berjaya!! alhamdulillah. terima kasih bro..
BalasPadamnk find phone images x lepas...kalau view all file bru boleh load..then bila start...file open fail..mcm mane tuan?
BalasPadamkalai mi max 32 gb nk guna file QCN mane..bleh uploadkn x tuan
BalasPadamsaya xdpt la tuan...mimax 32gb dah try bkali2..huhu
BalasPadamKali ke2 unlock. Alhamdulillah. Kalau Susah says cadangkan reflash balik mimax ni.
BalasPadamKalau berdekatan area kluang air Hiram johor. Bole saya Bantu
Wasap 0197782924
Maaf, post ini untuk pengkongsian. Saya sendiri tak pakar dalam bidang ni. Kebetulan saya tidak ada masalah menggunakan cara ini untuk unlock, jadi saya kongsikan. Saya ada tulis link ke post asal, jadi kalau ada sesiapa yang ada masalah, boleh refer ke link asal.
BalasPadamTak jadi utk mi max 32gb global
BalasPadamtak boleh install qcdmdm.inf la.. plz help
BalasPadamAssalamualaikum. Admin.. Kalau mi max 2 blh pakai webe X?
BalasPadamMaaf, tak pakai Mi Max 2. Tapi kebanyakkan handphone yang baru keluar dah boleh support Webe.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam admin... Tanya Skit utk mi4i boleh x?
BalasPadammi max32 gb tk dapat dh cuba banyak kali
BalasPadam