Rabu, 3 Ogos 2016

Freeletics Coach (Minggu #2)


Minggu yang mencabar sebab anak kena masuk hospital selama 4 hari dan ada program di tempat kerja. Terpaksa curi-curi masa untuk buat workout.

Log Minggu #2

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
25/7/2016
(Isnin)
3.14 km
(00:22:06)
Venus - Standard
(31:12)
26/7/2016
(Selasa)
-
-
27/7/2016
(Rabu)
-
-
28/7/2016
(Khamis)
-
Prometheus - Standard
(16:40)
29/7/2016
(Jumaat)
-
Nemesis - Endurance
(08:12)
30/7/2016
(Sabtu)
 -
2/3 Apollon - Standard
(23:16)
31/8/2016
(Ahad)
 -


Minggu ini anak bongsu kena masuk hospital sebab sering batuk-batuk dan kekurangan oksigen ketika bernafas. 4 hari kena tahan jadi terpaksa berehat lagi untuk Freeletics. Nasib baik 'Official Weigh-in' untuk Biggest Loser Challenge berat turun. Berat pada 27 haribulan = 67.5 kg. Tapi selepas itu banyak pulak undangan jamuan raya.

Dan minggu ini juga bermulanya buat workout Apollon. Apollon ni memang mencabar. Selama ini aku hanya 'slow jog' sahaja tetapi untuk Apollon ini, aku kena lari 400m. BERLARI. Mampu buat 200m sahaja dan terpaksa berjalan untuk 200m seterusnya. Lepas tu kena pula buat Burpees 25x. Perghh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan