Isnin, 29 Ogos 2016

Freeletics Coach (Minggu #7)


Kalau ikut coach, minggu ini minggu giler (Hell Week) sebab kena buat dua workout yang agak berat dalam masa sehari. Sebelum ini hanya satu workout untuk sehari.

Log Minggu #7 (Hell week)

Tarikh
(Hari)
Jogging
 Workout
(Masa)
 22/8/2016
(Isnin)
Venus - Standard
(23:06)
Apollon - Standard
(44:23)
Nyx - Standard
(09:24)
Krios - Standard
(07:42)
23/8/2016
(Selasa)
6.54 km
(1:11:45)
-
24/8/2016
(Rabu)
-
Dione - Standard
(44:01)
Venus - Standard
(28:12)
25/8/2016
(Khamis)
10.01
(1:26:54)

-
26/8/2016
(Jumaat)
-
Kentauros - Standard
(56:11)
3X Metis - Standard
(28:15)
27/8/2016
(Sabtu)
 -
50 Crunches
(01:25)
28/8/2016
(Ahad)
 -
50 Crunches
(01:17)
Menu Minggu #18 (Freeletics Pahang)
Minggu yang amat memenatkan. Patutla Freeletics Coach kata Hell Week. Minggu ini jugak aku mula training untuk 10km Run/Jog. Nak cuba masuk KOS Run (6km) dan Batik Run (10km) bulan September dan Oktober ni. Pertama kali masuk larian macam ni dan harap-harap berjaya habiskan larian.
Sudah dapat baju Freeletics Pahang
Minggu ni juga dapat baju Freeletics Pahang. Sedap pakai, bila peluh baju cepat kering. Kalau baju biasa, habis basah baju dan jadi berat. Sebab buat untuk komuniti Freeletics Pahang, memang murah sangat, bayar harga kos sahaja.
Team Freeletics Pahang
Ada ramai lagi yang takde sebab jumlah semua team ni dekat 50 orang yang aktif. Waktu ni kitorang buat beberapa senaman yang mudah sebab banyak sesi fotografi dan video sahaja. Saja nak buat gempak, dah lama tak berkumpul ramai-ramai gini. Komuniti yang sangat positif dan supportive.

#freeleticspahang
#freeleticskuantan
#freeleticsmalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan