Setelah berbulan pindah rumah, baru minggu lepas ada semangat dan rajin nak kemas bilik stor. Alih semua barang-barang termasuk rak besi ke loteng dan jadikan bilik stor sebagai bilik pakaian. Masalahnya bilik ini tak dipasangkan kipas lagi. Kebetulan masa ada 'sales' di Lazada, aku beli 3 kipas dinding dan masih ada 2 tidak pasang (tahap kemalasan memang tinggi).
|
Kipas Khind |
Kipas dinding ini sebenarnya sama seperti kipas diri. Kena cucuk plug ke power point dan tekan suis saja. Tetapi sebab kipas ini perlu dilekapkan di dinding, kita perlu sediakan 'power point' khas untuk kipas ini. Jadi kena buat wiring sedikit.
|
Power point khas |
|
Siap pasang |
Wiring telah di buat semasa buat loteng lagi. Jadi kali ini hanya perlu pasang kotak. Wayar Neutral (Hitam) dan Bumi (Hijau) diambil dari wayar neutral/bumi lampu yang lain. Sebab 'power point' ini terletak tinggi, wayar Hidup (merah) disambungkan ke suis kipas di tepi pintu. Jadi tak perlulah kena panjat tangga setiap kali nak hidupkan kipas.
|
Sambungan wayar hidup ke suis |
Suis pada power point ini akan sentiasa dalam keadaan hidup. Jadi yang mengawal kipas ini semua di suis bawah.
|
Penyangkut disediakan |
|
Siap dipasang |
Setelah siapkan 'power point', kena pasang penyangkut untuk kipas pula. Setiap kipas dinding akan disediakan penyangkut sendiri. Untuk model yang aku guna ini telah disediakan sekali skru dan juga wall plug. Jadi kena 'drill' dinding lagi. Rotary hammer aku masih boleh digunakan jadi senang kerja.
|
Sangkut je |
Cara nak pasangkan kipas ni tersangat senang. Dah pasang penyangkut tu, sangkut je kipas. Beres... Pasangkan kipas dan penutup, lepas tu sambungkan plug kipas ke power point. Habis kerja...
|
Habis kerja |
Kalau penyangkut tu hilang.. Ada x mn² kedai yg jual?? If know
BalasPadamDah cuba cari di kedai hardware? Maaf, tak pernah cari pulak.
PadamSy beli kipas 2nd tapi penyangkut xde.. Kat nak beli
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUntuk menghidupkan kipas hanya perlu wayar hidup dan neutral sahaja. Tetapi wayar bumi amat penting untuk keselamatan jika berlaku litar pintas dsb.
BalasPadamAda tak rajah yang lebih jelas tentang sambungan wayar ke suis?
BalasPadamKalau saya nak pasang kipas ni tak perlu pakai pluk bole tak,saya nk pakai suis ?...macam mana cara nak join wayar atau selanjutnye
BalasPadam