Sebelum ini aku dah biasa beli barang secara online. Bermula dari ebay, sampai la ke lelong.com.my dan taobao. Setiap satunya dengan pengalaman yang tersediri. paling teruk dengan ebay bila barang yang dipesan tak sampai-sampai. Sebab masa tu ebay baru lagi, jadi agak susah nak 'claim' lebih-lebih lagi tidak ada cawangan di Malaysia.
Yang terbaru aku beli dengan Lazada Malaysia, Xiaomi Mi Band 2.
Xiaomi Mi Band 2 |
Sebelum ini aku cuba beli dari Taobao melalui servis Ezbuy. Tetapi tersilap beli Mi Band Pulse. Ada aku tulis dalam pos sebelum ini. Link.
Ok..kali ini pengalaman aku beli dengan Lazada. Kali ini aku cari penjual yang ada 'ready stok', jadi tak perlulah tunggu berminggu nak dapat. Lagi pun aku ni bukan jenis penyabar jadi kalau nak tunggu sampai 2 minggu ni memang susah sikit. Lagi-lagi dah terkena dengan Taobao sebelum ini, tunggu 2 minggu tapi bila sampai dapat lain.
Untuk pembeli pertama, kalau guna aplikasi Lazada akan dapat baucar diskaun 20%. Bila register akan dapat email dari Lazada sekali dengan kod baucar. Jadi aku carilah penjual yang jual paling murah dan ada stok. Dah jumpa, aku "add to Cart" dan masukkan kod diskaun. Jadi jumlah harga dengan penghantaran percuma adalah RM98.22. Memang budget bawah seratus jer. Dah siap bayar, tunggu jer la Lazada hantar. Aku order hari Jumaat jadi memang dah agak sebarang transaksi diorang akan buat hari Isnin nanti.
Jumlah harga |
Malam Sabtu, pesanan tengah diproses dan disahkan. Kerja jugak diorang hari Sabtu rupanya. Malam Isnin pula dapat email mengatakan barang telah dibungkus dan diposkan. Nombor tracking pun diberikan. Penghantaran dengan Pos Laju.
Fuh...boleh tahan cepat proses. Esoknya hari Selasa, aku dapat dah barang. Tapi hampanya.... dapat barang lain, Smart Watch SW-U8. Hampeh betul....
SW-U8 Bluetooth Smart Watch |
Maka bermulalah lontaran email-email aku kepada Lazada. Kalau silap hantar smart watch canggih ok jugak, ini yang harganya tak sampai separuh Mi Band 2.
Aku komplen melalui email dan facebook. Lazada balas dengan beri aku baucar RM20 dan minta maaf. Tapi sebab dah kecewa sangat aku kata malas nak bungkus balik dan pergi ke Pos Laju. Lazada balas email kata akan minta pos laju datang ambil dan pos balik ke mereka. Wah...hebat juga Lazada. Tapi sebab tengah marah tu, aku memang tulis macam-macam dah. Kalau ikut hati, aku nak diorang hantar barang yang aku pesan dulu, kemudian baru aku nak pos. Yer lah... pengalaman pertama beli dengan Lazada dah kena camni. Takut jugak hantar balik smart watch, lepas tu diorang senyap jer, tak pun hantar barang salah lagi.
Dapat baucar RM20 |
Sebab tengah marah, aku tak tengok betul-betul dalam bungkusan. Rupa-rupanya ada resit pembelian dari pembeli smart watch tu. Pembeli dari Kemaman dan ada nombor telefon. Jadi aku pun buat keputusan cuba berhubung dengan pembeli tu.
Hamba Allah ni tak dapat lagi barang jadi aku tunggu sehari lagi dengan penuh harapan Mi Band 2 yang aku pesan diposkan kepada dia. Alhamdulillah... esoknya dia hantar Whatsapp mengatakan dia dah dapat bungkusan. Dalam bungkusan ada resit dan barangan dengan nama aku. Fuh...lega... Dan aku bernasib baik sebab bro. tu jujur. Kalau tak boleh lesap jer Mi Band 2 aku tu dan terpaksalah aku pos balik dan menunggu proses 'claim' yang memakan masa. Tanpa tunggu-tunggu, habis kerja aku terus pergi Kemaman untuk tukar barang. Setel...
Mi Band 2 Kotak Putih |
Dari pengalaman aku ni, walaupun Lazada tersilap hantar barang, aku masih lagi kagum dengan diorang. Sebabnya semua email aku dan message di Facebook diorang balas. Siap dapat baucar lagi dan dapat panggilan dari Lazada bila aku tulis tak puas hati dalam komen. Sekurang-kurangnya tidak seperti eBay sebelum ini yang hanya memohon maaf dan tidak buat apa-apa pun. Wakil Pos Laju juga ada hubungi aku untuk tetapkan masa pengambilan barang. Jadi baucar ni aku nak beli apa yer?