Memaparkan catatan dengan label al-quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-quran. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2020

Tujuh Huruf Tiada Dalam Al-Fatihah


Kali ini nota pendek sahaja. Antara ilmu yang saya dapat dari kelas sebelum ini. Sekadar perkongsian.

7 huruf tiada dalam al-Fatihah

Antara 28 huruf hijaiyah, hanya 21 huruf sahaja yang terdapat di dalam al-Fatihah. Selebihnya sebanyak 7 huruf tiada di dalamnya. Huruf-huruf ini adalah:
  1. ث
  2. ج
  3. خ
  4. ز
  5. ش
  6. ظ
  7. ف
Ada yang bertanya kenapa 7 huruf ini tiada dalam al-Fatihah? Wallahu a'lam...

Tetapi kalau mengikut kata Ustaz di dalam kelas tu (tidak disebut berdasarkan hadith atau riwayat yang mana), sebabnya adalah 7 huruf ini menggambarkan 7 jenis neraka. Malangnya saya tidak sempat menyalin nama-nama tersebut kerana ustaz hanya menyatakannya sekali lalu sahaja sebagai selingan. Tetapi yang sempat saya ingat neraka paling sejuk (zamharir).

Wallahu a'lam...

Jumaat, 14 Februari 2020

Tajwid: Sifat Huruf


Baru-baru ini saya ada mengikuti kelas asas tajwid. Kelas ini lebih kepada kelas ulangkaji sebab merangkumi beberapa bab seperti kesemua hukum mad, hukum nun dan mim mati, makhraj dan sifat-sifat huruf hanya dalam masa 2 hari saja. Jadi sebelum terlupa, saya tuliskan beberapa nota yang sempat saya salin. Sepatutnya saya tulis tentang makhraj dulu baru sifat-sifat huruf. Tetapi sebab untuk mahkraj banyak memerlukan gambar, saya tulis berkenaan sifat-sifat huruf sahaja.

Sifat-sifat huruf

Terdapat 28 huruf hijaiyah dalam al-Quran (ء dan ا dikira 1 huruf). Setiap huruf mempunyai makhraj dan sifat-sifatnya sendiri. Sifat-sifat ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  1. Sifat berlawanan
  2. Sifat tunggal

Sifat berlawanan

Jahar
Nafas tertahan ketika menyebut hurufnya
عَظُمَ وَزْنُ قَارِئٍ ذِي غَضٍّ جِدٍّ طَلَبَ
Hamas
Nafas terlepas ketika menyebut hurufnya
فَحَثَّهُ شَخْصٌ سَكَتَ

Syiddah
Suara tertahan ketika menyebut hurufnya
أَجِدْ قَطٍّ بَكَتْ
Rakhawah
Suara terlepas ketika menyebut hurufnya
خُذْ غَثَّ حَظَّ فَضَّ شَوْصٍ زَيَّ سَاهٍ
Tawassut
5 huruf ditengah-tengah antara dua sifat ini
لِنْ عُمَر

Isti’la
Terangkat pangkal lidah ke langit-langit ketika menyebut hurufnya
خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ
Istifal
Tidak terangkat pangkal lidah ketika menyebut hurufnya
أنْشِرْ حَدِيثَ عِلْمِكَ سَوْفَ تُجَهِّزْ بِذَا

Itbaq
Terangkat lidah menutupi langitlangit ketika menyebut hurufnya
ص ,ض ,ط ,ظ
Infitah
Terbuka ruang antara lidah dan langit-langit ketika menyebut hurufnya
أنْشِرْ حَدِيثَ عِلْمِكَ سَوْفَ تُجَهِّزْمَنْ أَخَذَ وَجَدَ سَعَةً فَزَكَا حَقٌّ لَهُ شُرْبُ غَيْثٍ

Ishmat
Tertahan dari segera keluar ketika menyebut hurufnya
جَزُّ غِشٍّ سَاخِطٍ صَدَّ ثِقَةً اِذْ وَعْظُهُ يَحُضُّكَ
Izlaq
Lancar dan mudah menyebut kerana hurufnya keluar dari hujung lidah dan dua bibir
فِرَّ مِنْ لُبٍّ

Sifat Tunggal

Sofir
Menyebut hurufnya dengan bunyi desiran yang kuat menyerupai suara binatang.
ص , ز , س

Qalqalah
Lantunan suara yang kuat pada makhraj kerana tekanan yang kuat ketika menyebutnya.
Hati-hati dengan bentuk lantunan bagi 3 jenis qalqalah
قَطْبٌ جَدٍ

Inhiraf
Maksudnya huruf inhirof apabila diucapkan condongnya ke arah makhraj huruf yang lain.
ل , ر

Istitolah
Memanjang iaitu makhraj hurufnya memanjang dibahagian tepi lidah sehingga ke makhraj lam
ض

Tafassyi
Diucapkan maka bunyinya bersamaan dengan tersebarnya angin yang keras yang keluar dari dalam mulut
ش

Takrir
Bergetarnya hujung lidah
ر

No. Huruf 1 2 3 4 5 6 7
1 ء Jahar Syiddah Istifal Infitah Ishmat
2 ب Jahar Syiddah Istifal Infitah Izlaq Qalqalah
3 ت Hamas Syiddah Istifal Infitah Ishmat
4 ث Hamas Rakhawah Istifal Infitah Ishmat
5 ج Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat Qalqalah
6 ح Hamas Syiddah Istifal Infitah Ishmat
7 خ Hamas Rakhawah Isti’la Infitah Ishmat
8 د Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat Qalqalah
9 ذ Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat
10 ر Jahar Tawassut Istifal Infitah Izlaq Inhiraf Takrir
11 ز Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat Sofir
12 س Hamas Rakhawah Istifal Infitah Ishmat Sofir
13 ش Hamas Rakhawah Istifal Infitah Ishmat Tafassyi
14 ص Hamas Rakhawah Isti’la Itbaq Ishmat Sofir
15 ض Jahar Rakhawah Isti’la Itbaq Ishmat Istitolah
16 ط Jahar Syiddah Isti’la Itbaq Ishmat Qalqalah
17 ظ Jahar Rakhawah Isti’la Itbaq Ishmat
18 ع Jahar Tawassut Istifal Infitah Ishmat
19 غ Jahar Rakhawah Isti’la Infitah Ishmat
20 ف Hamas Rakhawah Istifal Infitah Izlaq
21 ق Jahar Syiddah Isti’la Infitah Ishmat Qalqalah
22 ك Hamas Syiddah Istifal Infitah Ishmat
23 ل Jahar Tawassut Istifal Infitah Izlaq Inhiraf
24 م Jahar Tawassut Istifal Infitah Izlaq Ghunnah
25 ن Jahar Tawassut Istifal Infitah Izlaq Ghunnah
26 و Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat
27 ه Hamas Rakhawah Istifal Infitah Ishmat
28 ي Jahar Rakhawah Istifal Infitah Ishmat

Semoga bermanfaat.

Isnin, 11 September 2017

Tajwid: Hamzah Wasal


Sebelum ini saya ada sebut tentang Rasm Majeed. Sebab masa belajar mengaji dulu tak pernah sentuh tetang hamzah wasal ni, jadi main baca jer bila jumpa. Tapi bila mula belajar semula, barulah tahu ada hukum tajwid lain dalam Quran ni. Jadi sebagai nota untuk diri sendiri dan juga perkongsian, kali ini saya tulis pasal hukum Hamzah Wasal pula.

Bacaan hamzah wasal pada permulaan ayat

Secara ringkas terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Hamzah wasal bertemu huruf Lam
  2. Hamzah wasal bertemu huruf selain daripada huruf Lam

1. Hamzah wasal bertemu huruf Lam

Apabila bermula dengan alif lam, bacaan hamzah wasal itu adalah berbaris di atas (fatha).

Contoh:

Surah al-Fatihah, Ayat 2

Surah al-Fatihah, Ayat 3

Surah al-Baqarah, Ayat 3

2. Hamzah wasal bertemu dengan huruf selain daripada huruf Lam

Apabila Hamzah Wasal bertemu dengan huruf selain daripada huruf Lam, ianya akan dibariskan dengan merujuk kepada huruf ketiga.

a. Bacaan dengan baris bawah (kasrah) apabila huruf ketiga adalah baris atas ataupun bawah.

Contoh:

Surah al-Fatihah, Ayat 6

Surah Yasin, Ayat 64


b. Bacaan dengan baris hadapan (dhomah) apabila huruf ketiga adalah hadapan.

Contoh:

Surah an-Nisa, Ayat 50

Surah Yusof, Ayat 9

Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasal

Yang ini saya selalu terlepas pandang dan memang tak tahu pun sebelum ini. Pernah semasa tadarus saya melakukan kesilapan dalam bacaan ini. Sebab tidak tahu, walaupun sudah dibetulkan saya tidak tahu di mana silapnya.

Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasal perlu dibaca begini:

  1. Dibuangkan satu tanda tanwinnya
  2. Gantikan huruf Nun berbaris bawah di bawah Hamzah Wasal.
Sebagai contoh:

Apabila membaca secara bersambung surah al-Ikhlas ayat 1 dan 2:


dibaca


Dan surah Kahfi ayat 77:
dibaca

Senarai ayat-ayat yang berkenaan:

Juzuk
M/S
 Ayat
Surah
2
27
180
al-Baqarah
8
151
8
al-A'raf
9
170
158
al-A'raf
9
172
164
al-A'raf
9
173
177
al-A'raf
10
190
24
at-Taubah
10
191
30
at-Taubah
12
226
42
Hud
13
257
18
Ibrahim
13
259
26
Ibrahim
14
265
61
al-Hijr
14
276
87
an-Nahl
16
302
77
al-Kahf
16
303
88
al-Kahf
16
305
7
Maryam
16
309
61
Maryam
17
333
11
al-Hajj
17
335
25
al-Hajj
18
344
38
al-Mukminun
18
360
4
al-Furqan
19
362
26
al-Furqan
19
371
105
asy-syu'ara'
19
372
123
asy-syu'ara'
19
374
160
asy-syu'ara'
22
431
31
Saba'
23
446
6
as-Saaffaat
24
468
8
Ghafir
25
499
9
al-Jathiyah
27
528
50
al-Najm
27
541
27
al-Hadid
28
554
11
al-Jumu'ah
29
577
12
al-Qiyamah
29
578
30
al-Qiyamah

Semoga bermanfaat kepada semua.

Khamis, 22 Jun 2017

Muqaddam: Rasm Majeed


Baru-baru ini aku terjumpa satu journal berkenaan perbezaan antara Rasm Uthamani dan Rasm yang lain. Boleh lihat di laman ini Mushaf Imla’i dan Implikasinya dalam Pembacaan Al-Quran. Jadi teringat pula Muqaddam.

Muqaddam

Muka depan Muqaddam

Masa kecik-kecik dulu aku mula belajar al-Quran dengan Muqaddam. Bermula dengan kenal huruf Alif, Ba, Ta sehingga dapat baca surah-surah lazim. Muqaddam ni kecik jer jadi ada yang panggil Muqaddam ni Quran Kecik dan Quran biasa tu Quran Besar.

Muqaddam ni nipis saje tapi tulisan dalamnya tebal-tebal dan rapat. Dari mula aku mengaji sampai la aku khatam Quran Besar memang mengaji dengan tulisan macam tu. Masa tu memang aku tak tahu pun Quran yang aku baca ni ikut Mushaf Majeed. 

Contoh muka dalam

Masa mengaji tu, guru yang mengajar lebih tekankan kaedah meniru bacaan. Mula dengan mendengar bacaan guru, lepas tu aku ikut. Bila dah lancar guru akan dengar dan betulkan saja. Jadi masa mengaji ni banyak tajwid selain hukum panjang pendek aku main langgar je ikut apa yang aku ingat. Mujurlah di sekolah petang ustazah ada terangkan tentang tajwid. Jadi tahulah sedikit tajwid dengan sebutan yang betul. Tapi Mushaf Majeed ini tidak ada tanda khusus untuk tajwid seperti Mushaf Uthmani. Memang perlu ingat huruf-huruf izhar dan hukum lain.

Mushaf Uthmani

Masa tu kalau gi mana-mana masjid memang masih pakai Rasm Majeed ni. Jadi sepanjang aku mengaji tu memang pakai Quran Mushaf Majeed.

Aku tak ingat bila bermula aku baca Mushaf Uthmani ni. Tetapi yang pastinya bila masuk sekolah menengah memang dah mula guna Mushaf Uthmani ni. Naskah Quran Mushaf Uthmani yang aku guna disekolah terdapat nota tanda-tanda tajwid di halaman belakang. Jadi aku belajar sendiri tanda-tanda ini. Dengan panduan dari ustaz-ustaz, memang lebih mudah baca dengan Mushaf Uthmani lebih-lebih lagi dengan tulisan yang jelas dan terdapat tanda tajwid. Tetapi akibat dari belajar sendiri-sendiri ini, ada juga tanda-tanda yang tidak terdapat dalam nota halaman belakang itu yang aku tidak mahir. Lebih-lebih lagi dari segi sebutan.

Dalam Mushaf Majeed, semua kalimah Allah ditulis sama sahaja dan bagi aku ketika itu baca ikut yang mana aku rasa betul. Kebetulan pula bila bertalaqi dengan ustaz, tidak ada pula dibetulkan jadi aku tak pernah perasan yang ada perbezaan sebutan ini.

Tiada hamzah wasal

Selain itu masalah dengan hamzah wasal. Di Mushaf Majeed, tiada hamzah wasal ini. Jadi bila dipermulaan ayat tidak berlaku masalah nak tahu baca baris atas, bawah atau hadapan sebab memang dah ada tanda baris atas. Contohnya seperti dalam surah al-Fatihah di atas. Jadi semasa mula-mula belajar baca dengan Mushaf Uthmani ni, memang semua tanda hamzah wasal saya baca baris atas.

Seingat saya, saya tidak menghadapi masalah membaca ketika menggunakan Mushaf Majeed ni walaupun tidak ada tanda tajwid khusus. Jadi kenapa perlu tukar ke Mushaf Uthmani?

Kesalahan Mushaf Quran Majeed

Dalam journal di atas disebutkan kesalahan-kesalahan dalam Mushaf Majeed ni. Antaranya dari segi Rasm di mana boleh menyebabkan kesalahan bacaan dan tidak boleh dibaca dengan pelbagai qiraat. Untuk contoh kena baca journal tu sebab aku bukan mahir sangat pun. Tapi dari contoh-contoh yang diberikan memang ketara kesalahan yang ada. Patutlah kerajaan Malaysia nak membasmi penjualan Quran Mushaf ni.

Khamis, 15 Jun 2017

Klinik al-Fatihah


Selain daripada belajar membaca al-Fatihah semasa mula-mula mengaji dulu, tak pernah lagi aku masuk kelas khas untuk al-Fatihah ini. Kebetulan pihak masjid ada anjuran kelas di setiap kulliyyah jadi amat rugi kalau tak ikut sekali. Lagipun Ramadhan ni selain daripada menguatkan jasmani, rohaniah kena jaga juga.


Hanya dapat rakam suara.
Dalam kelas ini, Ustaz mulakan dengan menyebut sanad dari mana beliau belajar bacaan al-Fatihah ini. Bermula dari tok guru di Mesir sehinggalah ke Nabi Muhammad S.A.W. Klinik ini lebih kepada pengetahuan asas bacaan al-Fatihah. Untuk pembetulan bacaan perlu dilakukkan secara bersemuka dengan ustaz di masjid. Jadi kena praktis dulu baru jumpa berdepan untuk memperdengarkan bacaan.

Dari klinik ini, alhamdulillah dapat tahu serba sedikit pembetulan yang perlu dibuat ketika pembacaan al-Fatihah. Memang kena sebut betul-betul setiap perkataan dengan makhraj yang betul. Dengar di dalam Youtube dengan dengar secara berdepan memang berbeza. Ada sebutan yang bila dengar secara rakaman berbeza sedikit dari secara terus.