Memaparkan catatan dengan label wiring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wiring. Papar semua catatan

Isnin, 22 Mei 2017

DIY: Memasang kipas dinding


Setelah berbulan pindah rumah, baru minggu lepas ada semangat dan rajin nak kemas bilik stor. Alih semua barang-barang termasuk rak besi ke loteng dan jadikan bilik stor sebagai bilik pakaian. Masalahnya bilik ini tak dipasangkan kipas lagi. Kebetulan masa ada 'sales' di Lazada, aku beli 3 kipas dinding dan masih ada 2 tidak pasang (tahap kemalasan memang tinggi).

Kipas Khind
Kipas dinding ini sebenarnya sama seperti kipas diri. Kena cucuk plug ke power point dan tekan suis saja. Tetapi sebab kipas ini perlu dilekapkan di dinding, kita perlu sediakan 'power point' khas untuk kipas ini. Jadi kena buat wiring sedikit.

Power point khas
Siap pasang

Wiring telah di buat semasa buat loteng lagi. Jadi kali ini hanya perlu pasang kotak. Wayar Neutral (Hitam) dan Bumi (Hijau) diambil dari wayar neutral/bumi lampu yang lain. Sebab 'power point' ini terletak tinggi, wayar Hidup (merah) disambungkan ke suis kipas di tepi pintu.  Jadi tak perlulah kena panjat tangga setiap kali nak hidupkan kipas.

Sambungan wayar hidup ke suis

Suis pada power point ini akan sentiasa dalam keadaan hidup. Jadi yang mengawal kipas ini semua di suis bawah.

Penyangkut disediakan
Siap dipasang

Setelah siapkan 'power point', kena pasang penyangkut untuk kipas pula. Setiap kipas dinding akan disediakan penyangkut sendiri. Untuk model yang aku guna ini telah disediakan sekali skru dan juga wall plug. Jadi kena 'drill' dinding lagi. Rotary hammer aku masih boleh digunakan jadi senang kerja.

Sangkut je
Cara nak pasangkan kipas ni tersangat senang. Dah pasang penyangkut tu, sangkut je kipas. Beres... Pasangkan kipas dan penutup, lepas tu sambungkan plug kipas ke power point. Habis kerja...

Habis kerja

Khamis, 27 Oktober 2016

Pendawaian Rumah (House Wiring) - Suis utama dan wayar


Baru-baru ini aku nak 'renovate' rumah baru. Separuh ruang letak kereta dijadikan ruang tamu baru. Jadi meter elektrik yang sebelum ini berada dipintu masuk utama dah terletak di dalam rumah pula. Oleh sebab nak alihkan meter ini melibatkan wayar hidup, terpaksalah aku mencari tukang wayar untuk alihkan. Dah alang-alang tu, aku tanya juga upah untuk pendawaian lain.

Upah pendawaian


Harga
Nota
Power Point RM80 to RM100 setiap punca
(harga tanam wayar)
Setiap tambahan punca perlu bayar RM10 to RM15
Pemanas air RM120-RM150 Tidak termasuk upah pasang
Pendingin hawa RM200-RM400
Pendawaian baru Lampu RM40 Upah pasang RM10.
Pendawaian baru Kipas RM40-RM50 Upah pasang RM20
Alih meter (wayar hidup) RM250-RM400

Harga ini aku dapat dari 2-3 orang wireman.

Okaylah.. tu cerita bab alihkan meter letrik. Kosnya macam tulah kalau nak upah orang. Tapi kali ini aku nak tulis untuk DIY pendawaian rumah sendiri. Sebab nak jimat kos, aku pilih untuk buat pendawaian sendiri. Sebab pernah buat wiring sendiri di rumah, jadi aku nak cuba buat wiring seluruh rumah pula. Bab meter tu takde pengalaman lagi, jadi memang kena upah orang.

Tapi yang aku terangkan ini hanya yang basic sahaja. Nak tahu lanjut, kenalah belajar lebih lagi. Kadang-kadang aku pun lupa, jadi apa yang ditulis ini hanya rujukan aku saja.

Suis utama

Perkara pertama kena tahu wiring rumah ini adalah suis utama. Di papan suis utama ini beberapa benda yang perlu tahu:

Pengasing litar (Molded Case Circuit Breaker - MCCB)
Yang paling penting. Fungsinya untuk memutuskan bekalan eletrik. Nak ke kerja dalam keadaan wayar sentiasa ada arus. Silap-silap terkena renjatan elektrik. Jadi sebelum nak buat wiring, tutup suis ini dahulu.

Pemutus litar arus baki (RCB/RCCB)
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.

Pemutus litar kenit (MCB)
Sama fungsi dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. MCB ini yang akan disambungkan ke lampu-lampu, kipas-kipsa dan alatan letrik yang lain.

 Jenis Litar
Unit
Saiz Kabel
(mm2)
Nilai MCB
(Ampere)
Litar Lampur/Kipas
13
1.5
6
Penghawa Dingin dengan suis
1
4
20
Pemanas Air dengan Suis
1
4
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
2
2.5
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
4
4
32
Soket alir keluar 13A (Gelang)
6
2.5/4
32
Jadual kesesuaian sais wayar dan jumlah bebanan

Kabel

Kebiasaannya di rumah hanya pakai kabel 1.5 mm dan 2.5 mm kecuali untuk penghawa dingin dan pemanas air. Jadi kalau untuk pendawaian di rumah, lebih baik beli 3 gulung wayar 1.5 mm dan 3 gulung 2.5 mm. Kenapa 3 gulung? Sebabnya untuk wayar Hidup (Live), Neutral dan Bumi (Earth).

Sais (mm)
Kesesuaian
1.5 Lampu, kipas
2.5 Power point
4 Peralatan yang menggunakan elektrik lebih seperti pendingin hawa dan pemanas air.
Jadual saiz wayar dan kesesuaian

Wayar
Warna
Bumi (E) Hijau
Neutral (N) Hitam
Hidup (L) Merah
Jadual warna wayar

Kebiasaanya warna hijau digunakan untuk wayar Bumi dan Hitam untuk Neutral. Kadang-kadang ada yang gunakan warna Putih untuk neutral. Warna merah pula untuk wayar hidup dari MCCB. Warna-warna lain seperi Biru dan Kuning digunakan untuk wayar dari kotak suis.

Sais
Harga
1.5 mm RM30-RM40
2.5 mm RM50-RM60
Harga wayar dengan kelulusan SIRIM

Berhenti sini dulu, naik aku terangkan bagaimana aku buat wiring untuk rumah aku.