Memaparkan catatan dengan label house wiring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label house wiring. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2016

Pendawaian Rumah (House Wiring) - 2 suis 1 lampu


Isnin ni aku ambil cuti sehari sebab nak buat wiring rumah. Walaupun wireman developer dah tambah fius, tetapi penambahan wiring untuk lampu dan kipas kena buat sendiri. Disebabkan ada tambahan ruang  tamu, jadi banyak wiring yang perlu dibuat.
Point lampu dan kipas di ruang tamu
Agak sukar nak buat wiring di ruang tamu tambahan ini sebab terpisah dengan dinding di atas siling. Jadi kena buka atap genting dan langkau dinding. Tengah-tengah kusyuk buat wiring, tak sedar hujan turun, jadi satu kerja pulak kena mop sebab air hujan masuk. Susah buat wiring masa musim hujan ni.

Bumbung pula amat rendah, tak boleh nak berdiri. Terpaksa merangkak. Kaki pun lenguh-lenguh. Walaupun hari hujan tetapi rasa macam dalam sauna. Berpeluh macam lepas workout.

Untuk rumah ni kecuali ruang tamu tambahan, aku pakai lampu panjang LED mengantikan lampu pendaflour. Disebabkan harga lampu LED sudah hampir sama dengan lampu pendaflour jadi aku pilih lampu LED sebab lebih jimat elektrik. Harga satu set boleh dapat bawah RM15. Mula-mula survey di MR DIY harga dapat dalam RM24. Tetapi bila pergi kedai peralatan elektrik yang biasa aku pergi, diorang jual RM13.50 jer. Tapi 'casing' dia macam lampu pendaflour biasa. Nak pasang kena cabut 'casing' dulu. Kalau Mr DIY pakai klip saja.
Jadilah.. budget punya pasal...
Untuk ruang tamu, atas permintaan orang rumah, aku pasang lampu downlight. Pakai siling lepar simen, bukan kapur. Jadi kurang cantik bila guna lampu downlight ni. Nak pasang pun agak sukar sebab siling ni keras dibandingkan dengan siling kapur. Drill aku pulak dah lama rosak sejak tenggelam banjir 2013. Terpaksa buat cara manual. Macam-macam cara aku cuba, tapi yang paling senang aku tebuk lubang guna screwdrive sekiling bulatan kemudian guna pisau untuk potong. Ada jugak yang terpecah-pecah tetapi boleh cover dengan cat nanti. Nak buat macam mana, nak jimat kos.
Guna jangka lukis untuk bulan dan screwdriver mata philip untuk tebuk lubang kecil

Di bawah ini aku tulis harga barang-barang yang aku beli.


Harga
Nota
Lampu LED T8 Mr DIY RM24 Mudah pasang
Lampu LED T8 20W RM13.50
Suis 1 hala 3-point (3 gang 1 way) RM4.80
Suis 2 hala 4-point (4 gang 2 way) RM9.70
Suis 1 hala 4-point (4 gang 1 way)RM
Wayar 1.5mm (1 gelung)RM35.00
Wayar 2.5mm (1 gelung)RM55.00

Cara pemasangan

Sebenarnya nak pasang wiring tak susah, tetapi kena berani dan kenal jenis wayar. Terdapat beberapa cara sambungan dan antaranya:

1 Suis, 1 lampu

Satu suis, satu lampu
Sambungkan wayar Hidup (merah) ke suis dan wayar Neutral (hitam) ke sambungan neutral lampu. Sambungan Hidup (Live) lampu disambungkan ke suis. Biasa guna wayar hidup yang lain dari merah. Untuk wayat Bumi (hijau), sambungkan ke badan lampu.

1 suis, 2 lampu

Satu suis, dua lampu
Sama seperti 1 suis, 1 lampu, untuk sambungan ini, wayar hidup L1 dan L2 disambungkan terus. Satu wayar hidup dari salah satu lampu L1 atau pun L2 disambungkan ke S1. Kedua-dua L1 dan L2 akan menyala bila S1 dipetik.

2 suis, 1 lampu

2 suis, 1 lampu
Sambungan yang ini nampak mudah dalam diagram tetapi bila melibatkan wiring di atas siling, memang agak rumit sebab banyak wayar yang digunakan. Untuk sambungan ini, suis dua hala digunakan. Kebiasaanya gaya sambungan ini digunakan di tangga. Satu suis di bawah dan satu suis di atas. Bila suis S1 dipetik, lampu L1 akan menyala dan apabila suis S1 ataupun S2 dipetik L1 akan terpadam. Jadi tak perlu turun tangga untuk tutup lampu.

Sebelum ini aku tak pernah mencuba sambungan ini tetapi sebab untuk loteng rumah, aku cuba buat sambungan ini.
Kiri Loteng, Kanan Bawah
Agak berserabut kepala nak buat wiring lebih-lebih lagi bila buat sorang-sorang. Kena naik turun tangga. Di tingkat bawah juga ada lampu dan kipas jadi memang berselirat dengan wayar. Bila banyak-banyak wayar macam ini, amat penting ada pelbagai warna wayar untuk kena wayar hidup. Kalau semua pakai merah, memang kena "trial and error". Tetapi sebab aku nak "save budget", aku akan tanda dengan wayar tape jer, lagi jimat.

Selesai sudah wiring untuk ruang tamu dan bilik tengah. Untuk dapur dan bilik belakang kena tunggu cuti lain.

Jumaat, 28 Oktober 2016

Pendawaian Rumah (House Wiring) - Bahagian 2


Pendawaian asal

Kebiasaannya bila 'developer' bagi kunci rumah, kita perlu memasang 'grill' dahulu sebelum mereka arahkan 'wireman' buat pendawaian elektrik. Dan kebiasaannya juga, mereka akan memasang pendawaian yang paling minimum sebab nak jimat wayar (agak-agaknya).

Kalau ikutkan dari 'wiring' rumah aku ni, hanya 3 point untuk kipas dan paling menyedihkan hanya 2 fius atau MCB yang digunakan untuk semua 'point' (tak termasuk power point). Selain daripada ruang tamu dan ruang letak kereta, semua point menggunakan hanya satu MCB. Bermakna kalau aku nak tambah kipas untuk setiap bilik dan juga lampu tidur, memang akan melebihi dari tahap bebanan yang ditetapkan.

Dari penerangan 'wireman', sebenarnya untuk setiap MCB tu boleh menampung lebih dari tahap bebanan yang ditetapkan. Sebabnya bukan setiap masa semua lampu dan kipas dibuka serentak. Tapi untuk keselematan dan kesenangan pada masa hadapan, baik aku buat pendawaian semula.

Pendawaian asal (tak termasuk power point)
Di bawah ini gambar lampu-lampu dan kipas yang akan dipasang (dalam perancangan). Buat 'wiring' dulu, kipas dan lampu beli sikit-sikit... ikut budget.
Lampu dan kipas dalam perancangan
Pergh... bila lukis macam ini nampak banyak sangat. Dalam plan tu, 2 bilik tengah akan dibuat loteng sebagai persediaan banjir. Jadi tambahan point lampu dan kipas di 2 bilik ini. Orang rumah juga kata nak pasang lampu malap (lampu tidur) di setiap bilik tidur. Jadi kena sediakan awal-awal.

Ruang Tamu dan Bilik Tidur Utama

Ruang Tamu Tambahan

Dapur dan Ruang Belakang

Bilik-bilik Tidur dan Loteng

Banyak betul wiring yang nak kena buat. Untuk Bilik-bilik tidur tu nampak macam banyak. Kemungkinan akan dipecahkan kepada 2 bahagian.


Update: 22/11/2016

Sebab kesuntukan masa, aku cuba telefon wireman developer rumah dan minta diorang 'check' wiring yang telah diorang dibuat. Sebab ada kesilapan dari pemasangan wayar, jadi ada alasan nak contact. Bila dah jumpa, slow talk sikit tanya kenapa satu rumah tu pakai dua fius sahaja. Kira-kira point termasuk point kipas yang akan dipasang, satu fius kena tampung lebih dari 10. Kalau ikut kata wireman itu sendiri, satu fius boleh tampung 10 point, jadi aku minta secara baik supaya buat wiring semula, tambahkan fius. Alhamdulillah...wireman ni okay. Dari 2 fius untuk point lampu dan kipas, dia tambah lagi 3. Jumlah jadi 5, lagi bagus dari yang aku rancang. Untuk ruang tamu x1, bilik tidur utama dan bilik air x1, bilik tidur lain-lain x1, dapur x1 dan ruang belakang x1.

Khamis, 27 Oktober 2016

Pendawaian Rumah (House Wiring) - Suis utama dan wayar


Baru-baru ini aku nak 'renovate' rumah baru. Separuh ruang letak kereta dijadikan ruang tamu baru. Jadi meter elektrik yang sebelum ini berada dipintu masuk utama dah terletak di dalam rumah pula. Oleh sebab nak alihkan meter ini melibatkan wayar hidup, terpaksalah aku mencari tukang wayar untuk alihkan. Dah alang-alang tu, aku tanya juga upah untuk pendawaian lain.

Upah pendawaian


Harga
Nota
Power Point RM80 to RM100 setiap punca
(harga tanam wayar)
Setiap tambahan punca perlu bayar RM10 to RM15
Pemanas air RM120-RM150 Tidak termasuk upah pasang
Pendingin hawa RM200-RM400
Pendawaian baru Lampu RM40 Upah pasang RM10.
Pendawaian baru Kipas RM40-RM50 Upah pasang RM20
Alih meter (wayar hidup) RM250-RM400

Harga ini aku dapat dari 2-3 orang wireman.

Okaylah.. tu cerita bab alihkan meter letrik. Kosnya macam tulah kalau nak upah orang. Tapi kali ini aku nak tulis untuk DIY pendawaian rumah sendiri. Sebab nak jimat kos, aku pilih untuk buat pendawaian sendiri. Sebab pernah buat wiring sendiri di rumah, jadi aku nak cuba buat wiring seluruh rumah pula. Bab meter tu takde pengalaman lagi, jadi memang kena upah orang.

Tapi yang aku terangkan ini hanya yang basic sahaja. Nak tahu lanjut, kenalah belajar lebih lagi. Kadang-kadang aku pun lupa, jadi apa yang ditulis ini hanya rujukan aku saja.

Suis utama

Perkara pertama kena tahu wiring rumah ini adalah suis utama. Di papan suis utama ini beberapa benda yang perlu tahu:

Pengasing litar (Molded Case Circuit Breaker - MCCB)
Yang paling penting. Fungsinya untuk memutuskan bekalan eletrik. Nak ke kerja dalam keadaan wayar sentiasa ada arus. Silap-silap terkena renjatan elektrik. Jadi sebelum nak buat wiring, tutup suis ini dahulu.

Pemutus litar arus baki (RCB/RCCB)
Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.

Pemutus litar kenit (MCB)
Sama fungsi dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. MCB ini yang akan disambungkan ke lampu-lampu, kipas-kipsa dan alatan letrik yang lain.

 Jenis Litar
Unit
Saiz Kabel
(mm2)
Nilai MCB
(Ampere)
Litar Lampur/Kipas
13
1.5
6
Penghawa Dingin dengan suis
1
4
20
Pemanas Air dengan Suis
1
4
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
2
2.5
20
Soket alir keluar 13A (Jejari)
4
4
32
Soket alir keluar 13A (Gelang)
6
2.5/4
32
Jadual kesesuaian sais wayar dan jumlah bebanan

Kabel

Kebiasaannya di rumah hanya pakai kabel 1.5 mm dan 2.5 mm kecuali untuk penghawa dingin dan pemanas air. Jadi kalau untuk pendawaian di rumah, lebih baik beli 3 gulung wayar 1.5 mm dan 3 gulung 2.5 mm. Kenapa 3 gulung? Sebabnya untuk wayar Hidup (Live), Neutral dan Bumi (Earth).

Sais (mm)
Kesesuaian
1.5 Lampu, kipas
2.5 Power point
4 Peralatan yang menggunakan elektrik lebih seperti pendingin hawa dan pemanas air.
Jadual saiz wayar dan kesesuaian

Wayar
Warna
Bumi (E) Hijau
Neutral (N) Hitam
Hidup (L) Merah
Jadual warna wayar

Kebiasaanya warna hijau digunakan untuk wayar Bumi dan Hitam untuk Neutral. Kadang-kadang ada yang gunakan warna Putih untuk neutral. Warna merah pula untuk wayar hidup dari MCCB. Warna-warna lain seperi Biru dan Kuning digunakan untuk wayar dari kotak suis.

Sais
Harga
1.5 mm RM30-RM40
2.5 mm RM50-RM60
Harga wayar dengan kelulusan SIRIM

Berhenti sini dulu, naik aku terangkan bagaimana aku buat wiring untuk rumah aku.