Baru-baru ini aku ada tanya tukang paip, berapa harga dia ambil kalau pasang kepala paip untuk luar rumah? Lepas kira-kira, dia sebut lebih RM100. Terdiam juga aku sebab nampak macam sikit saja. Jadi dengan perasaan nak buat sendiri tu datang, aku pergi survey harga besi.
![]() |
Barang-barang yang aku beli |
Mula-mula hajat nak survey tapi aku terus beli. Beli di kedai lain-lain. Nama-nama aku tak tahu sebab bukan tukang paip pun.
- Kepala paip
- Penyambung
- Batang paip 2 kaki
- Siku 90° sama
- Batang paip 6 inci
- Tee sama
- Adapter pengecil (antara f dan e)
- Pita PTFE x 3
Jumlah semua anggaran dalam RM60-70. Bahagian d, e, f dan g harga dalam RM32 (beli satu kedai). a, b dan c harga RM30 (kurang ingat yang ini).
Dah beli barang aku pun cuba pasang tapi tak cukup peralatan. Pakai spanar boleh laras mana boleh nak cengkam batang paip. Pinjam pipe wrench dari jiran tapi tak cukup sebab kena ada dua, satu untuk pegang, satu lagi untuk pusing/ketat. Jadi aku pergi Mr. DIY, beli satu pipe wrench 14" dengan harga RM25. Baru dapat buka siku 90° asal.
Mula pemasangan aku balut pita PTFE kurang tebal. Dah siap pasang, ada leaking. Kena buka balik semua dan balut tebal-tebal. Sebagai nota: balut ikut arah jam. Kalau balut ikut lawan jam, pita tu akan terbuka sedikit semasa penyambungan.
Dalam setengah jam siap. Tak banyak gambar aku ambil sebab kerja dengan air ni takut handphone terkena air. Lagi pun tangan basah. Kena lap kering baru boleh nak snap gambar. Jadi ada gambar dah siap buat saja.
Kos aku buat sendiri ini di bawah RM100. Itu pun setelah termasuk harga pipe wrench. Nak kata susah tak de pulak, tapi kudrat kena ada sebab nak buka paip masa mula-mula memang ketat. Rumah masih baru tapi tengok dalam paip banyak keladak. Masa ketatkan pun kena pakai tenaga. Tapi dengan kos RM 70 tu, memang berbaloi buat sendiri. Puas hati.
Kemaskini tahun 2020
Nampaknya yang ramai menulis di ruangan komen agak tidak bersetuju aku kedekut nak bayar upah RM30-RM80 (RM100-RM150 upah pasang dan alat) tukang paip untuk pasang kepala paip ni. Mungkin diorang rasa RM30-RM80 tu sikit agaknya.
Yang aku tulis dalam blog ni adalah yang biasanya aku buat sendiri. Dari kepala paip sehinggalah wiring rumah. Sebabnya... berjimat... Bukan tidak ada yang aku upah tukang buat tetapi untuk pengalaman sendiri dan memudahkan di kemudian hari, tidak salah nak cuba sendiri.
Lagipun yang aku buat ni lepas tanya jiran-jiran. Diorang siap kata buat sendiri jer...