Memaparkan catatan dengan label xiaomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xiaomi. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

Amazfit Pace Smartwatch Review

Sudah lama tak beli gadget baru. Kali terakhir bulan Februari lepas. Kali ini dah terbeli sebuah jam pintar keluaran Huami. Huami ni adalah sebuah syarikat yang ditaja oleh Xioami. Mi Band dan Mi Scale yang aku beli sebelum ini juga adalah hasil keluaran dari syarikat Huami ini.

Sebenarnya Amazfit Pace ini telah diperkenalkan sejak Ogos 2016 lagi tetapi hanya mula dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia di penghujung September 2017 dengan harga RM629. Sebelum itu, pembeli boleh sahaja mendapatkan Amazfit Pace ini melalui online shop seperti Lazada dan Shopee dengan harga sekitar RM450-RM550 tetapi kebiasaannya tanpa waranti atau waranti kedai sahaja.

Aku masih pakai Mi Max yang skrin besar gedabak 6 inci ini.  Handphone ini amat sukar untuk di bawa ke workout dan berlari. Nak cari pouch yang sesuai pun susah. Jadi aku mula tercari-cari wearable yang sesuai. Nak beli Garmin, harga macam tak masuk akal sikit jadi masa tercari-cari tu terjumpa artikel berkenaan Amazfit Pace. Tetapi masa tu jam ni tidak dibawa masuk ke Malaysia oleh sesiapa pun. Kena beli secara terus dari China.

Baru-baru ni dapat tahu ada kedai di Kuantan yang jual Amazfit Pace dengan waranti satu tahun dari Xiaomi Malaysia. Jadi lepas fikir dua-tiga kali, terus beli. Lama dah tunggu...

Reka bentuk

Amazfit Pace dalam kotak
Bagi aku reka bentuk Amazfit Pace ini memang cun. Saiz jam ni memang sesuai dengan tangan aku dan talinya memang selesa dipakai. Masa aku nak beli ni, terdapat 2 warna tali (hitam dan merah) . Kalau merah nampak macam terlalu garang jadi aku beli yang hitam.
Paparan di waktu malam
Paparan di bawah cahaya matahari
Mengikut spesifikasi, Amazfit ini dilengkapi dengan paparan 1.34 inci dengan 300 x 320 pixel "transflective colour LCD Display". Skrin ini dilindungi dengan Gorilla Glass untuk tahan calar. Yang menarik tentang "transflective display" ini, dibawah cahaya matahari atau kawasan cerah, memang paparannya sangat jelas. Jadi memang sesuai untuk aktiviti luar.
Tali Amazfit Pace yang diperbuat daripada getah ini juga selesa dipakai dan senang dikenakan. Yang menariknya tali ini mudah ditukar dengan tali jam yang lain sebab menggunakan tali jam bersaiz 22m dan mempunyai "release lock". Jadi kalau rasa nak bergaya sedikit boleh gunakan tali jam yang lain yang mudah didapati di keda-kedai online. Dari segi saiz, jam ni sama besar dengan jam-jam yang lain tetapi sebab aku dah lama pakai Mi Band 2 yang besaiz kecil, terasa juga perbezaan dari segi berat dan saiznya.

GPS

Sebab utama beli jam ini adalah untuk kesan dan rakam jarak semasa berlari tanpa perlu membawa handphone, jadi fungsi ini amat penting. Ceh.. macamlah aku ni selalu lari sangat. Tak laju pun.  Jangan kecam, suka-suka jer lari ni.

Pada Sabtu lepas, aku telah mencuba fungsi GPS ini pada larian malam Hari Sukan Negara 2017. Semasa larian, aku telah hidupkan GPS di telefon bimbit dengan aplikasi Strava dan menggunakan mode Run di Amazfit Pace. Mode Run ini akan rekodkan GPS dan juga degupan jantung secara terus-menerus. 
Kanan GPS dari telefon bimbit, Kiri GPS dari Amazfit Pace
Terdapat perbezaan 100m antara GPS di telefon dan juga Amazfit Pace. Kemungkinan perbezaan ini disebabkan aku hidupkan Strava lebih awal daripada Amazfit dan tutup Strava lebih lewat daripada Amazfit Pace.

Aku juga ada buat perbandingan dengan menggunakan odometer kereta. Juga terdapat perbezaan antara 90-100 m antara Amazfit Pace dan odometer kereta. Untuk jarak 2km menggunakan kereta, Amazfit Pace hanya kesan 1.9km sahaja.
Kedua-dua ini hasil daripada data yang sama tetapi berlainan aplikasi.
Selain itu terdapat juga perbezaan bacaan antara Amazfit Pace dengan bacaan di aplikasi Strava setelah data sync. Kemungkinan setiap aplikasi menaksirkan data GPS dengan cara berbeza.

Aplikasi Amazfit Watch dan Strava

Aplikasi Amazfit Watch
Aplikasi Amazfit Watch adalah hampir sama dengan Mi Fit (Activities). Kedua-dua aplikasi ini ada tab Route, Details, Pace dan Chart. Jadi aku hairan kenapa Amazfit Pace tak boleh gunakan saja aplikasi Mi Fit? Senang satu app je... 

Di dalam aplikasi Amazfit Watch, terdapat fungsi untuk sync data kepada aplikasi Strava. Setakat ini hanya Strava sahaja yang ada. Walaupun dalam aplikasi Amazfit Watch ada paparan untuk semua maklumat yang diperlukan,  pilihan untuk sync ke Strava amat dialu-alukan.
Data Sync untuk Strava sahaja
Sebelum ini aku guna Endomondo sebab dah beli yang versi Pro, jadi untuk Amazfit ini terpaksalah aku beralih ke Strava. Kekurangan Strava ini tidak dapat sync bacaan heart rate. Kemungkinan kena langgan servis Strava dahulu baru dapat. Agak mengecewakan di sini, harap-harap lepas ini dapat sync ke Endomondo. 
Amazfit Watch dan Strava
Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, terdapat perbezaan cara taksiran data GPS jadi terdapat perbezaan bacaan akhir antara dua aplikasi ini. Kedua-dua bacaan ini hasil daripada data GPS yang sama tetapi terdapat perbezaan bacaan.

Bateri

Jumlah jam sekiranya "Sport Mode" digunakan
Untuk cas pertama, Amazing Pace mengambil masa lebih 4 hari (hampir 5 hari) dari 100% ke 8% sebelum aku perlu mengecas semula. Dalam masa 4 hari ini, 3-4 jam dalam mode Run (GPS dan heart rate dihidupkan) dan terdapat 8 jam dengan mood continous heart rate dihidupkan. Selain daripada itu Amazfit Pace ini digunakan seperti biasa dengan kadang-kadang mencuba beberapa fungsi yang ada. 
Fungsi "Continous HR" dihidupkan
Kemudian, untuk cas kedua aku hidupkan fungsi "Continous Heart Rate" sepanjang masa. Bermula dari habis cas sehingga bateri tinggal 10%, jam ini dapat bertahan sehingga 4 hari. Kemudian fungsi "continuous heart rate" akan termati dengan sendirinya. Jadi fungsi ini sebenarnya tidak banyak menggunakan bateri. Dalam masa 4 hari tu aku tak berlari jadi mode Run yang menggunakan GPS tidak dihidupkan. Tetapi fungsi "continous heart rate" yang sentiasa diaktifkan dan dapat bertahan sehingga 4 hari, memang tahan bateri Amazfit Pace ni.

Selamat untuk dikatakan setakat ini setiap kali cas Amazfit ini dapat bertahan lebih daripada 4 hari.

Setiap kali cas, ia mengambil masa 2 jam lebih untuk cas penuh (dari 4-5% ke 100%).

Kalau dibandingkan dengan Mi Band 2, memang bateri Amazfit Pace tidak tahan lama tetapi dengan fungsi GPS yang ada, ianya amat berbaloi.

Interaksi

Amazfit Pace ini adalah sebuah smartwatch jadi kalau tiada touchscreen memang tak sah. Tetapi skrin Amazfit Pace ini aku dapati kurang responsif. Biasa kena tekan dua-tiga kali untuk memastikan jam ini mendapat arahan yang diperlukan.
Butang di atas kanan
Antara kelemahan yang aku rasakan adalah apabila nak berinteraksi perlu menekan butang di bahagian tepi jam. Walaupun fungsi "Touch to wake" dihidupkan, aku masih gagal nak bangunkan Amazfit dengan menyentuh skrin. Setiap kali mesti kena tekan butang yang bagi aku sukar dicapai.

Jam Pintar

Dapat paparkan mesej lebih terperinci
Walaupun aku kurang menitik beratkan fungsi jam pintar ini, namun begitu Amazfit Pace boleh menujukkan notifikasi untuk SMS, Whatsapp, Panggilan Masuk dan beberapa notifikasi asas apabila disambungkan kepada handphone. Aku amat suka bila Amazfit ini dapat menunjukkan mesej yang aku dapat. Tidak seperti Mi Band 2 yang hanya memaparkan nama penghantaran SMS, Amazfit Pace juga dapat menunjukkan group whatsapp dan keseluruhan mesej yang dihantar (terhad untuk mesej yang pertama setiap group). Jadi kalau ada mesej what apps dari group yang penting, memang boleh baca terus dari jam.

Boleh mainkan music
Amazfit juga didatangkan dengan kapasiti storan 4GB dengan 2 GB masih kosong. Untuk 2GB ini boleh diisikan dengan MP3 dan dimainkan secara terus menggunakan Amazfit. Tetapi untuk bunyi, Amazfit Pace perlu sambungkan ke peranti Bluetooth seperti pembesar suara dan earphone.

Program "TrainingCenter"
Selain itu, Amazfit Pace juga didatangkan dengan program latihan larian yang dipanggil Training Center. Boleh pilih untuk Beginner, 5km, 10km, Half Marathon dan juga Marathon. Masih belum mencuba lagi fungsi ini.

Kesimpulan

Huami masih baru dalam pasaran wearable ini. Tetapi dengan harga yang ditawarkan, Amazfit ini amat-amat berbaloi dibeli sekiranya anda sedang mencari sport tracker dengan GPS dengan harga yang berpatutan. Kalau dibandingkan dengan jenama terkenal yang lain, dengan fungsi yang ada kemungkinan harganya melebihi RM1,000.

Setakat ini hanya Strava sahaja yang boleh di"sync"kan. Oleh kerana tidak ada data untuk heart rate apabila di"sync", ni satu kelemahan besar. Aku juga rasakan selain daripada Strava, data yang ada sepatutnya dapat dimuatnaik ke aplikasi Mi Fit. Antaramuka antara kedua-dua aplikasi ini memang sebijik sama. 

Ini sport tracker merangkap smartwatch pertama aku beli jadi sukar nak buat perbandingan. Namun begitu dari pengalaman menggunakan Garmin semasa kelas larian sebelum ini, Amazfit Pace ini lebih mudah digunakan. Maklumat seperti Pace, Jarak, Heart Rate dan masa dapat dilihat sekali imbas. Cuma satu kelemahan yang ketara apabila kena menekan butang untuk mengakses skrin. 

Namun begitu, aku rasa dengan harga yang ditawarkan memang amat berbaloi jam ini dibeli. Setakat ini memang puas hati. 

Khamis, 16 Februari 2017

Mi Max - Unlock Band 5


Sebelum ini aku ada sebut masalah utama webe adalah sebab LTE Band 5. Untuk telefon Mi Max ni sebenarnya boleh terima LTE Band 5 tetapi tidak di"unlock". Jadi bagaimana nak unlock Band 5 ini?

Sudah puas aku cari-cari dan bertanya dan akhirnya jumpa cara paling mudah di laman ini.  Tidak perlu root. Sebagai simpanan aku sendiri dan pengkongsian, di sini aku tulis cara-cara yang diterangkan di laman tersebut.

Sebagai permulaan, sila muat turun fail-fail ini:

Peringatan : Segala masalah yang kemungkinan boleh berlaku adalah tangungan anda sendiri.

Cara-cara

1. Install Mi5 Qualcomm Driver

Mula-mula unzip/unrar dulu file yang dimuat-turun.
Mesti unrar dulu
Install driver Mi5 dengan right-click file qcmdm.inf dan pilih Install
Install qcdmdm.inf

2. Install QPST 2.7.434

Sama juga seperti Qualcomm driver kena unzip dulu kemudian double click setup.exe.
Install file setup.exe
Kemudian Run QPST Configuration.
QPST Configuration
Sebelum disambungkan kepada handphone

3. Hidupkan USB debugging pada handphone

Pada handphone, sila tekan *#*#717717#*#*. "Diag USB port enable" akan muncul. Kalau keluar "Diag USB port disable", tekan code semula untuk hidup kan fungsi tersebut.


4. Sambungkan handphone ke komputer

Amat digalakkan gunakan cable USB yang dibekalkan.

Setelah berjaya disambungkan

Note:

Jika komputer tak dapat kesan handphone, sila pergi Device Manager. Cari device yang ada tanda (!). Ada ditulis MiMax (!). Right-click dan install driver. Jangan tekan Search automatically.. tetapi pilih "Browse my computer for driver software". Cari folder Qualcomm Driver yang telah di unzip di langkah 1 tadi. Pilih qcmdm.inf .
Browse my computer

5. Software download

Sekira handphone berjaya dikesan, pada QPST Configuration, tekan Start Clients > Software Download.
Start Clients > Software Download

6. Cari file QDART_MSM8956_LTE_mimax_B8_RFNV_Test.qcn

Di kotak xQCN File, cari file QDART_MSM8956_LTE_mimax_B8_RFNV_Test.qcn.
Pastikan butang Allow phone/file ESN mismatch di tick.
Tekan Start

7. Tekan Start

Setelah selesai semua setting, tekan butang Start. Prosesnya kejap saja. Tunggu 100%. Setelah selesai boleh tekan exit dan tutup QPST Configuration.

8. Reboot handphone

Mi Max akan hilang signal. Reboot handphone anda.

9. Selesai

Dah ada 4G
Sebenarnya aku tak pandai sangat nak hack atau root handphone ni. Langkah yang aku ambil ini adalah dari laman web yang aku sebut di atas. Jadi sebarang pertanyaan boleh diajukan ke pemilik laman tersebut. Tetapi aku dah cuba cara ini dengan Windows 10 dan MI Max Miui 8. Selain daripada masalah driver tak install seperti langkah 4, yang lain-lain semua ok.

Tambahan

Sebelum ini, komputer aku ini dah biasa digunakan untuk unlock atau unroot handphone jadi kemungkinan ada step yang tertinggal. Kepada sesiapa yang hadapi masalah komputer tak dapat kesan handphone tu, cuba tips ini.

Saya bukan expert, jadi harap maaf kalau tak dapat menyelesaikan masalah.

Rabu, 15 Februari 2017

Mi Max - Phablet dari Xiaomi


Satu lagi gadget dari Xiaomi yang aku beli. Dah lama tak beli handphone baru sebab handphone Redmi Note 3G aku masih bertahan sehingga sekarang. Tapi sebab tak support 4G dan setelah lama hanya guna 8GB storage dengan Redmi Note 3G, terpaksa jugak beli yang baru (hu.. hu.. terpaksa konon). 

Dengan skrin 6.44 inci, Mi Max ini adalah handphone paling besar yang dikeluarkan oleh Xiaomi. Mula diumumkan sejak pertengahan tahun 2016 jadi sudah hampir setahun di pasaran China. Tetapi baru dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia dalam penghujung tahun 2016. 

Kotak Mi Max AP set

Harga

Mi Max yang aku beli ini adalah AP set. Sebabnya kalau beli set rasmi Malaysia, harganya lebih tinggi daripada AP set. Xiaomi Malaysia meletakkan RM899 sebagai harga pasaran di Malaysia tetapi disebabkan stok yang kurang dengan permintaan yang banyak, terdapat juga penjual yang menjual pada harga RM999. Ada juga yang dijual pada harga Rm850. Jadi untuk MI Max 32GB ini harganya dalam lingkungan RM850-RM999. 

Set yang aku beli ini adalah versi Mi Max dengan 64GB storan dan 3GB RAM. Selain dari jumlah storan yang berbeza, cip pemprosesan juga berlainan iaitu Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652 dibandingkan  dengan Snapdragon 650 untuk version 32GB. Versi ini tidak ada secara rasmi di Malaysia, jadi selain dari versi 32GB, versi Mi Max 64GB dan 128GB adalah AP set.

Harga untuk 64GB ini adalah dalam lingkungan RM900-RM1000. Harganya hampir sama seperti harga set rasmi 32GB. Tetapi untuk AP set, waranti adalah dengan kedai penjual bukannya dengan Xiaomi Malaysia. Jadi macam aku yang beli dengan Lazada ni, dalam erti kata lain, kena pandai-pandai sendirilah. Sebabnya kalau ada masalah, kedai jauh di Selangor. Sebab itu harganya lebih rendah daripada set Malaysia. 

Terdapat juga Mi Max 32GB yang di jual pada harga RM750-RM850. Tetapi ini biasanya untuk AP set. 

ROM

Kalau set Malaysia akan didatangkan dengan MIUI 8 Global ROM. Untuk AP set pula akan didatangkan dengan MIUI 8 China ROM sebab kebanyakkan AP set ini datangnya dari pasaran China. Tetapi untuk AP set ini bergantung juga dengan penjual. Ada penjual dah siap-siap flash ROM Global untuk set yang dijual seperti set yang aku beli ni. Jadi tak perlu pening-pening kepala nak flash ROM lain. 

Band 5

Antara sebab aku tukar handphone ini disebabkan aku sudah beralih ke telco Webe. Redmi Note 3G aku memang sah-sah tak support 4G jadi sebab kat rumah baru aku ni takde wired broadband (streamyx, Unifi dll) jadi aku mencari wireless broadband pulak. Alang-alang dah ada promosi, beralih juga aku ke webe setelah 13 tahun dengan Celcom.

Tetapi malangnya, tak semua handphone support 4G Webe ini sebab Webe pakai LTE Band 5 yang tidak digunakan di China. Jadi semua AP set takde Band 5 di unlock termasuklah set yang aku beli ini.

Untuk Malaysia, aku difahamkan ada set yang support dan ada set yang tak. Sebab kalau ikut laman rasmi Webe, hanya Redmi Note 3 sahaja yang "certified".

Jadi terpaksalah aku mengodek-godek lagi macam mana nak unlock tanpa root ini. Dan akhirnya berjaya juga. Kalau ada masa akan aku tulis dalam blog ini.

Selepas puas mencari jalan nak unlock

Perkakasan

Standard accessories 
Aku difahamkan untuk AP set ini, charger yang akan dapat adalah 2 pin macam aku punya ni. Untuk Malaysia set pula akan dapat standard 3-pin. Perkakasan lain adalah sama seperti buku manual, wayar USB dan pin untuk hybrid sim slot.

Pengalaman

Dah pakai screen protector dan body case
Setelah aku pakai Mi Max ini untuk beberapa hari, dari segi prestasi memang amat bagus, terbaik. Tak de nak tersekat-sekat. Kualiti kamera boleh diterima. Tak boleh komen sangat tentang kamera ini sebab dengan harga begini, tak boleh dibandingkan dengan handphone beribu ringgit.

Untuk skrin memang puas hati sebab besar. Aku memang banyak online dan membaca jadi skrin besar ini amat memudahkan dan selesa digunakan. Walaupun skrin yang besar, penggunaan bateri tidaklah membebankan sebab setelah digunakan berjam-jam, Mi Max ini hanya perlu dicas bila aku nak tidur sahaja. Itu pun ada lagi dalam 15-20%.

Tetapi saiz yang besar memang menyukarkan Mi Max ini dibawa kemana-mana. Saiz Mi Max ini muat-muat poket jadi bila duduk kena keluarkan dari poket sebab tak selesa. Penggunaan sebelah tangan juga agak sukar kalau tanpa body case sebab "all-metal body" bagi aku membuatkan Mi Max ini agak licin. Jadi takut jatuh kalau guna sebelah tangan. Aku syorkan kalau nak pakai Mi Max ini terus beli body case dan screen protector. Lepas guna screen protector dan body case baru selesa guna sebab rasa selamat sikit nak lasak. Aku difahamkan Mi Max ini juga berkemungkinan boleh bengkok sebab body metal dan besar, sama macam iPhone 6s.

Dah pakai baju

Kesimpulannya, aku memang puas hati guna Mi Max ini dan amat-amat syorkan kepada sesiapa yang tak kisah dengan saiz  Mi Max yang besar gelabak ini. 

Selasa, 1 November 2016

Endomondo with Mi Band 2


Sudah ada Mi Band tetapi tiada 'continous reading'? Kalau ikutkan aplikasi Mi Fit dari Google Play Store memang tiada pilihan 'continous reading' ni. Tapi kalau muat turun Mi Fit dari Forum Xiaomi, akan ada pilihan 'Running Mode'. Versi 2.2.4

Tetapi untuk sambungan ke Endomondo ini, tak perlu gunakan Mi Fit Running Mode. Apa yang anda perlukan adalah:

Mi Fit



Aplikasi biasa dari Google Play Store. Untuk memudahkan Endomondo mengesan Mi Band 1s/2, hidupkan fungsi "Discoverable" dalam Mi Fit.

Mi Fit > Play > Discoverable > On

Tekan "Play"

Tekan "Discoverable"

Hidupkan fungsi

Mi Heart Rate


Bukan aplikasi dari Xiaomi tetapi dari 3rd party. Fungsi aplikasi ini adalah untuk mendapatkan bacaan 'heart rate' secara interval. Untuk menggunakannya amat mudah. Hanya buka aplikasi dan pilih "Connect". Pilih Mi Band 1s/2. Mi Band akan bergetar dan sentuh Mi Band anda. Di bar hijau, tekan Heart Rate dan tekan "Tap to Start". Tunggu sehingga ada bacaan "Heart Rate".

Untuk Mi Heart Rate, aplikasi percuma hanya membenarkan bacaan selama 10 minit sahaja. Jadi kepada sesiapa yang mahu mengambil bacaan lebih daripada 10 minit, perlulah membeli aplikasi premium dengan harga USD1.00 (RM4.00). Kiranya murah jugak tu jadi saya dah gunakan yang premium. Selain dari untuk menggunakan lebih dari 10 minit, amat bagus untuk "support" aplikasi begini.

Selain daripada Mi Heart Rate, terdapat juga beberapa aplikasi lain yang boleh digunapakai untuk dapatkan 'continous hear rate reading' ini seperti Mi Band Tools. Secara peribadi, saya lebih suka mengunakan Mi Band Tools sebab lebih banyak fungsi. Namun begitu, untuk tutorial kali ini, saya tunjukkan untuk Mi Heart Rate kerana lebih mudah.

Tekan "Connect"
Pilih Mi Band. (Mi band akan bergetar, sentuh Mi Band)
Tekan "Heart Rate' di bar hijau
Tekan "Tap to Start"
Tunggu sehingga ada bacaan

Endomondo


Aplikasi untuk bersukan. Saya ada cuba Runstatic PRO tetapi tidak berjaya menyambungkan dengan Mi Band. Jadi setakat ini saya tunjuk cara sambungan dengan Endomondo sahaja.

Setelah buka aplikasi Endomonodo, tekan Settings dari Menu Bar. Kemudian tekan Accessory Settings. Sila tekan Bluetooth SMART Sensors. Tekan Scan (ambil masa sedikit), kemudian pilih Mi Band. Okay... sudah berjaya sambungan Mi Band ke Endomondo.


Tekan butang (≡)
Scroll ke bawah dan tekan Settings
Tekan Accessory Settings
Tekan Bluetooth SMART Sensors
Tekan Scan (lama sedikit)
Bacaan "Heart rate" akan keluar (Ambil masa)

Di paparan utama Endomono, biasanya tidak ada ditunjukkan bacaan Heart Rate. Jadi anda perlu tekan ruangan mana anda nak tukar dan pilih antara senarai fungsi yang ada.

Terdapat banyak pilihan

Peringatan

Pastikan aplikasi Mi Heart Rate berjalan di 'background'. Jika Mi Heart Rate ini tertutup, Endomondo tidak akan dapat bacaan. Jadi anda perlu memberi "Permission" untuk Mi Heart Rate berjalan di'background'.

Untuk pengguna MIUI sahaja.

Kebenaran Autostart

Security > Permission > Autostart dan pilih Mi Heart Rate.

Kebenaran untuk "Background Running"

Settings > Battery & Performance > Manage apps battery usage > Choose > Mi Heart Rate > No restrictions

Perlu juga setkan kebenaran untuk Mi Fit dan Endomondo.