Memaparkan catatan dengan label teknologi maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi maklumat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2016

Calibre: Kemaskini lebih dari satu komputer


Kadangkala aku guna Calibre ni dengan lebih dari satu komputer. Satu di ruang tamu dan satu di dalam bilik. Jadi agak sukar kalau nak edit bila guna pelbagai komputer. Jadi aku jumpa ada beberapa cara untuk membenarkan Calibre akses ke satu pustakaan yang sama. Kalau edit satu buku dalam satu komputer, komputer yang akan dapat akses ke buku sama yang telah edit.

Cara #1: Shared Folder
Shared folder ni adalah satu fungsi yang terdapat dalam Windows. Oleh sebab sekarang ini ada pelbagai jenis Windows (XP, Vista, Windows 7 dan lain-lain), aku tak terangkan cara terperinci bagaimana nak buat Shared Folder ini sebab setiap versi windows ada cara yang tersendiri. Tetapi secara kasarnya: 
  1. Right-click folder yang dijadikan Shared Folder.
  2. Pilih Properties.
  3. Pilih Tab Sharing.
  4. Tekan butang Share.
Tapi cara Shared Folder ini aku rasa tak sesuai digunakan sebab:
  1. Kena ada satu komputer dijadikan pelayan.
  2. Kadangkala nak buat shared folder agak rumit disebabkan pelbagai sistem operasi
Cara #2: Cloud storage
Aku cuba gunakan Google Drive tapi tak jadi. Jadi aku guna Dropbox. Setakat ini memang okay saja.

  1. Mula-mula kena pasangkan Dropbox.
  2. Lepas Dropbox berjaya dipasangkan, sila catatkan alamat Folder (contoh D:\Dropbox).
  3. Cipta satu Folder baru di dalam Folder Dropbox (contoh D:\Dropbox\Calibre).
  4. Buka Calibre.
  5. Tekan butang Calibre.
    Butang calibre
  6. Tandakan "Move current library to new location".
    Pilih Folder
  7. Pilih folder baru yang telah dibuat tadi.
  8. Okay, done.
Sekarang setiap kali anda edit satu buku, Dropbox akan muat naik buku tersebut ke "cloud storage". Mana-mana komputer yang ada Dropbox dengan akaun anda, akan kemaskini ke versi baru. Setakat ini aku guna cara ini dan tiada masalah.

Khamis, 9 Jun 2016

Calibre: Bagaimana memasang plugin Reading List

Calibre eBook Management

Dalam catatan yang lepas, aku ada tulis bagaimana nak buat sambungan dari Calibre ke handphone. Sebelum ini, aku memang berjaya nak buat sambungan tetapi buku-buku tidak dikemaskini secara automatic apabila sambungan telah dibuat. Jadi kali ini aku nak tulis cara nak pasang plugin "reading List". Aku tak ingat macam mana plugin ini dapat membantu Calibrate kemaskini secara automatik, tapi selepas pasangkan, aku tak menghadapi masalah untuk 'sync'.

Bagaimana memasang plugin "Reading List"

  1. Selepas buka Calibre, cari butang Preferences di menu bar. Kalau tiada, tekan anak panah >> di penghujung kanan sekali. Tekan butang ke bawah di tepi butang Preferences.
    Butang Setting kadang-kala tersebunyi
  1. Pilih "Get plugins to enhance calibre".
  2. Dalam ruang "Filter by name:" sila tulis Reading List.
    User plugin dialog box
  3. Right-click plugin "Reading List" dan pilih "Install". Kalau ada dialog box keluar, tekan Yes.
    Pilih Install
  4. Okay, siap pasang.
    Siap pasang, tekan OK.
  5. Cari butang Reading List dan tekan.
    Butang Reading List

  6. Pilih Customize plugin...
    Pilih Customize plugin...
  7. Sila tanda  "Sync to this device as soon as it is connected".
    Tandakan Sync to the device...
  8. Sekarang kena buat "Default List". Pilih buku-buku yang anda nak muat naik ke handphone.
  9. Tekan butang Reading List dan pilih "Add to Default List".
  10. Okay siap, sekarang boleh buka Calibre Companion di handphone anda dan mula muat turun.

Rabu, 8 Jun 2016

Calibre eBook Management

Calibre eBook Management

Sebelum ini aku ada cerita tentang Web Novel dan juga sedikit tentang fail ePub. Jadi hari ini nak tulis lebih sedikit tentang Calibre.

Calibre (cali-bre) adalah satu perisian untuk menyimpan dan mengurus perpustakaan e-Book di dalam komputer peribadi anda. Perisian ini adalah 'open source' dan percuma. Untuk muat turun aplikasi ini, anda boleh lawat laman di bawah ini.


 Calibre download
Muat turun Calibre

Antara kelebihan Calibre

Ni aku ambil terus dari laman Calibre.
Mengurus koleksi eBook
Calibre menguruskan koleksi eBook anda. Ia boleh menyusun buku-buku di dalam koleksi mengikut: Tajuk, Penulis, Tarikh ditambah, Tarikh diterbitkan, Saiz, Penilaian, Siri, dan lain-lain. Di samping itu, ia menyokong metadata tambahan untuk kemudahan pencarian. Ia juga akan mencapai internet untuk mencari metadata buku berdasarkan tajuk / penulis yang sedia ada atau maklumat ISBN. Ia boleh memuat turun pelbagai jenis metadata dan kulit buku untuk buku anda secara automatik.

Penukaran format eBook
Calibre boleh menukar daripada pelbagai format kepada pelbagai format. Ia menyokong semua format e-buku utama. Senarai format yang disokong oleh calibre:

Format masuk: AZW, AZW3, AZW4, CBZ, CBR, CBC, CHM, DJVU, DOCX, EPUB, FB2, HTML, HTMLZ, LIT, LRF, MOBI, ODT, PDF, PRC, PDB, PML, RB, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ

Format keluar: AZW3, EPUB, DOCX, FB2, HTMLZ, OEB, LIT, LRF, MOBI, PDB, PMLZ, RB, PDF, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ, ZIP

Sambungan ke peranti eBook
Calibre direka untuk memudahkan penambahan sokongan untuk peranti eBook yang berbeza.  Pada masa ini, ia telah menyokong untuk sejumlah besar peranti yang berada di pasaran.

Pemapar eBook yang komprehensif

Calibre mempunyai pemapar ebook terbina dalam yang boleh memaparkan semua format utama ebook. Ia mempunyai sokongan penuh untuk isi kandungan, penanda buku, CSS, mod rujukan, percetakan, pencarian, menyalin, dan lain-lain

Editor eBook
Calibre mempunyai editor terbina dalam yang membolehkan anda untuk mengedit eBook dalam format eBook yang paling popular, EPUB dan AZW3 (Kindle). Editor mempunyai preview langsung menunjukkan kesan perubahan secara langsung dan alat pemeriksaan yang boleh mengesan daripada pelbagai kesilapan yang biasa dalam struktur buku secara automatik.
Aku memang suka guna Calibre untuk simpan koleksi eBook aku (setakat ni web novel sahaja). Paling best boleh edit eBook yang disimpan dan boleh upload ke dalam handphone dengan sambungan Wi-fi untuk dibaca secara offline.

Paparan muka Calibre

Cara sambungan ke handphone

  1. Di Calibre, tekan Connect/Share dan tekan Start wireless device connection.
Butang Connect/Share

  1. Sila salin alamat IP dan Port yang tertera. Boleh masukkan kata laluan jika mahu. Tekan OK.
Masukkan kata laluan jika mahu

  1. Di handphone anda, sila muat turun app Calibre Companion Demo Version. Yang Demo Version ni simpanan failnya terhad (20 buku sahaja), jadi kalau rasa nak beli yang full, boleh saja tapi harganya lebih dari RM10.

  1. Tekan butang Settings > Connecting to Calibre > Wireless device connection > IP Address and port. Masukkan alamat IP dan Port yang disalin tadi.
Menu Settings

Connecting to Calibre

Wireless device connection

Masukkan alamat IP yang disalin tadi.

  1. Tekan butang Connect >Wireless Device/sync books
Tekan butang CONNECT
Pilih Wireless Device/sync books

  1. Sekiranya anda mendapat sambungan tetapi tidak dapat sync, sila install plugin "Reading List" di dalam calibre.