Memaparkan catatan dengan label web novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label web novel. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2016

Calibre eBook Management

Calibre eBook Management

Sebelum ini aku ada cerita tentang Web Novel dan juga sedikit tentang fail ePub. Jadi hari ini nak tulis lebih sedikit tentang Calibre.

Calibre (cali-bre) adalah satu perisian untuk menyimpan dan mengurus perpustakaan e-Book di dalam komputer peribadi anda. Perisian ini adalah 'open source' dan percuma. Untuk muat turun aplikasi ini, anda boleh lawat laman di bawah ini.


 Calibre download
Muat turun Calibre

Antara kelebihan Calibre

Ni aku ambil terus dari laman Calibre.
Mengurus koleksi eBook
Calibre menguruskan koleksi eBook anda. Ia boleh menyusun buku-buku di dalam koleksi mengikut: Tajuk, Penulis, Tarikh ditambah, Tarikh diterbitkan, Saiz, Penilaian, Siri, dan lain-lain. Di samping itu, ia menyokong metadata tambahan untuk kemudahan pencarian. Ia juga akan mencapai internet untuk mencari metadata buku berdasarkan tajuk / penulis yang sedia ada atau maklumat ISBN. Ia boleh memuat turun pelbagai jenis metadata dan kulit buku untuk buku anda secara automatik.

Penukaran format eBook
Calibre boleh menukar daripada pelbagai format kepada pelbagai format. Ia menyokong semua format e-buku utama. Senarai format yang disokong oleh calibre:

Format masuk: AZW, AZW3, AZW4, CBZ, CBR, CBC, CHM, DJVU, DOCX, EPUB, FB2, HTML, HTMLZ, LIT, LRF, MOBI, ODT, PDF, PRC, PDB, PML, RB, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ

Format keluar: AZW3, EPUB, DOCX, FB2, HTMLZ, OEB, LIT, LRF, MOBI, PDB, PMLZ, RB, PDF, RTF, SNB, TCR, TXT, TXTZ, ZIP

Sambungan ke peranti eBook
Calibre direka untuk memudahkan penambahan sokongan untuk peranti eBook yang berbeza.  Pada masa ini, ia telah menyokong untuk sejumlah besar peranti yang berada di pasaran.

Pemapar eBook yang komprehensif

Calibre mempunyai pemapar ebook terbina dalam yang boleh memaparkan semua format utama ebook. Ia mempunyai sokongan penuh untuk isi kandungan, penanda buku, CSS, mod rujukan, percetakan, pencarian, menyalin, dan lain-lain

Editor eBook
Calibre mempunyai editor terbina dalam yang membolehkan anda untuk mengedit eBook dalam format eBook yang paling popular, EPUB dan AZW3 (Kindle). Editor mempunyai preview langsung menunjukkan kesan perubahan secara langsung dan alat pemeriksaan yang boleh mengesan daripada pelbagai kesilapan yang biasa dalam struktur buku secara automatik.
Aku memang suka guna Calibre untuk simpan koleksi eBook aku (setakat ni web novel sahaja). Paling best boleh edit eBook yang disimpan dan boleh upload ke dalam handphone dengan sambungan Wi-fi untuk dibaca secara offline.

Paparan muka Calibre

Cara sambungan ke handphone

  1. Di Calibre, tekan Connect/Share dan tekan Start wireless device connection.
Butang Connect/Share

  1. Sila salin alamat IP dan Port yang tertera. Boleh masukkan kata laluan jika mahu. Tekan OK.
Masukkan kata laluan jika mahu

  1. Di handphone anda, sila muat turun app Calibre Companion Demo Version. Yang Demo Version ni simpanan failnya terhad (20 buku sahaja), jadi kalau rasa nak beli yang full, boleh saja tapi harganya lebih dari RM10.

  1. Tekan butang Settings > Connecting to Calibre > Wireless device connection > IP Address and port. Masukkan alamat IP dan Port yang disalin tadi.
Menu Settings

Connecting to Calibre

Wireless device connection

Masukkan alamat IP yang disalin tadi.

  1. Tekan butang Connect >Wireless Device/sync books
Tekan butang CONNECT
Pilih Wireless Device/sync books

  1. Sekiranya anda mendapat sambungan tetapi tidak dapat sync, sila install plugin "Reading List" di dalam calibre.

Jumaat, 6 Mei 2016

Chinese Light Novel (Wuxia dan Xianxia)

Meng Hao, watak dalam I Shall Seal the Heavens

Kali ini nak aku cerita tentang "Chinese Light Novel/Web Novel".

Tak tahu macam mana aku boleh mula terjebak membaca satu terjemahan novel ringan "Coiling Dragon" pada penghujung tahun lepas. Kebetulan masa aku mula baca, novel ini hampir habis diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Mula-mula tu hanya bermula dengan satu bab tapi selepas tu satu bab lagi dan sampailah habis satu novel. "Coiling Dragon" ni terbahagi kepada 21 buku/bahagian dengan purata 20-30 bab untuk setiap buku. Jadi dekat 2 bulan jugak baca novel ni sambil menunggu novel ni habis diterjemahkan.


Chinese Light Novel (CNL)

CNL ni mula terkenal bila para penulis dari China mula menghasilkan karya mereka di dalam forum-forum internet seperti spc.net.cn, qidian, 17k, dan lain-lain lagi. Hasil karya mereka ni tidaklah mencapai tahap klasik seperti "Condor Heroes" dan "The 3 Kingdoms" tetapi ada novel-novel ini yang telah diadaptasikan ke dalam drama dan juga permainan on-line sehingga menjadikan para penulis ini terkenal dan kaya-raya. Antara penulis-penulis yang terkenal adalah I Eat Tomatoes (IET), Er Gen dan Tian Can Tu Dou. Untuk nama-nama penulis yang lain, The Twelve Sovereigns of Webnovels.

Novel ringan ataupun web novel ini sebenarnya sudah lama mula dihasilkan tetapi oleh kerana ianya ditulis dalam bahasa cina, web novel ini hanya mula dikenali secara global dalam 2-3 tahun lepas. Kemungkinan besar punca populariti novel ringan ini meningkat adalah disebabkan peningkatan semula populariti filem bertemakan "martial art" dari China seperti "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dan "Ip-man". Filem-filem ini menarik minat penonton barat untuk mengetahui lebih dalam tentang seni mempertahankan diri dari China. 

Antara novel terawal yang diterjemahkan adalah "Stellar-transformations" hasil usaha He-man. Tetapi sayangnya ianya tidak habis diterjemah dan mula beredar dari satu penterjemah ke penterjemah yang lain. Setiap penterjemah mempunyai interpretasi yang berlainan, ini menyebabkan "Stellar-transformations" mengalami " translation disaster" dan ditinggalkan lama sehingga diambil alih oleh translationnations.com. Akhirnya novel ini hampir habis diterjemahkan. Ramai para penterjemah menjadikan "Stellar-transformations" sebagai sumber inspirasi. Sebagai contoh RWX yang menterjemah "Coiling Dragon".

Stellar Transformation

Wuxia dan Xianxia

Kebiasaannya novel "martial art" dari China ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Wuxia dan Xianxia.
Perkataan Wuxia ini terhasil dari dua karakter "wu" dan "xia" yang boleh diterjemahkan sebagai "wira seni mempertahankan diri" (martial hero). Secara dasarnya, wuxia ini menceritakan wira yang menggunakan ilmu mempertahankan diri dan mempunyai kehebatan luar biasa hasil ilmu yang diamalkan. Contohnya seperti melompat tinggi dan berjalan di atas air yang praktikan hasil kawalan qigong di dalam badan. Kisah wuxia lebih kepada seakan-akan dunia sebenar jika dibandingkan dengan Xianxia. Contoh karya klasik Wuxia ini adalah "Legend of Condor Heroes".

Xianxia pula boleh diterjemahkan sebagai "wira abadi" (immortal heroes). Xianxian lebih bersifat fantasi dengan dimasukkan unsur-unsur magik, demon, dan manusia yang hidup kekal abadi (immortal). Kebiasaannya terdapat unsur taoism seperti Yin dan Yang. Wira-wira di dalam xianxian mempunyai kebolehan yang melebihi manusia biasa seperti kekal abadi dan terbang ke langit. Contoh xianxia adalah Sun Wukong.

Laman-laman yang disyorkan

Novelupdates
Laman web ini menyenaraikan hampir semua web novel yang diterjemahkan dan tidak terhad kepada novel berbahasa cina sahaja. Terdapat juga novel-novel dari Jepun dan Korea. Kelebihan laman ini, anda boleh cipta "Reading List" dan menggunakan rss untuk mendapatkan "update" setiap kali sesuatu novel siap diterjemahkan. Laman ini amat sesuai untuk sesiapa yang baru bermula mencari novel yang sesuai untuk dibaca.

Wuxiaworld
Dibangunkan oleh penterjemah "Coiling Dragon", RWX. Kebanyakkan novel-novel di dalam laman web ini adalah novel-novel yang popular.

ePub files
Untuk yang nak baca secara off-line bolehlah melawat lam web ini. Terdapat pelbagai novel yang telah dikumpulkan ke dalam format ePub. Kebiasaannya akan dikemaskini seminggu hingga ke 2 minggu sekali.
Aku ada juga buat file ePub untuk kegunaan sendiri. Boleh lawat link dibawah.

LNMTL (Light Novel Machine Translation)
Laman web ini menyediakan perkhidmatan penterjemahan beberapa "Light Novel". Terjemahan dilakukan dengan mesin secara automatik seperti Google Translate. Oleh itu hasil terjemahan agak sukar difahami. Namun, laman web ini sesuai untuk pembaca yang tidak sabar menunggu hasil terjemahan dari penterjemah. Kebiasaannya laman ini memaparkan novel dalam masa sehari setelah penulis asal novel siap menulis.

Novel yang disyorkan

Setakat ni hanya ini aku baca. Jadi hanya ini yang berani aku syorkan. Untuk bacaan secara off-line, boleh donwload file epub dari link yang disediakan.