Memaparkan catatan dengan label tip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tip. Papar semua catatan

Khamis, 23 Jun 2016

Pengambilan Ubat Ketika Puasa


Tengah-tengah puasa ni aku boleh demam, batuk dan selsema, memang complete set. Kepala pening-pening sebab hidung tersumbat. Habis menu Freeletics lari, tak larat nak buat. Nasib baik demam kejap saja tapi selsema ni tak hilang-hilang lagi. Sebab doktor dah bagi ubat, jadi aku pun kenalah makan. Tapi puasa-puasa ni macam mana nak jaga makan ubat ikut masa? Kalau yang sekali atau 2 kali sehari senang saja, berbuka dan bersahur. Tapi kalau sampai 3 dan 4 kali?

Lepas buat pencarian, jumpa satu laman web, http://www.knowyourmedicine.gov.my/. Terjumpa satu risalah dari laman web ini.
Bahagian Hadapan
Bahagian Dalam



Panduan Pengambilan Ubat Yang Perlu Dimakan/minum
Kekerapan
Masa Pengambilan
Sebelum Makan
Selepas Makan
Sekali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka
Dua Kali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Selepas bersahur
  • Selepas berbuka
Tiga Kali Sehari
  • Sebelum bersahur
  • Selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
  • Sebelum tidur
  • Selepas bersahur
  • Selepas berbuka
  • Sebelum tidur
Empat Kali Sehari Bergantung kepada jenis penyakit atau minta nasihat akan alternatif lain jika ingin berpuasa. Sila rujuk ahli farmasi anda.
Tak susah pun. Hanya untuk empat kali sehari. Sebab kekerapannya tinggi (6 jam sekali) maka memang patut ambil nasihat pakar.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Selasa, 21 Jun 2016

Redmi Note 3g - How to install MTK VCOM USB Drivers

How to install MTK VCOM USB Drivers

Steps to install driver for Windows 7/8:

  1. Extract the downloaded driver into your hard-drive.
  2. Now open Device Manager in your PC by right clicking on My Computer and then click on Manage.

    Computer Management
  3. Next go to Device Manager in that and click on your PC name and then click on Add legacy hardware.
    Add Legacy Hardware
  4. Now in Add Hardware Wizard click on Next >> Install the Hardware that I manually select from a list (Advanced) >> Show All Devices >> Next >>Have a Disk >> Browse, Now select the any inf file from where you extracted the downloaded drivers.
  5. Select MTK USB Port, click Next.
    Select MTK USB Port
  6. That's it. If you want, in the Device manager, you can uninstall the new device (with exclamation mark !) but DO NOT uninstall the driver.

Steps to install driver for Windows 10.1:

First you need to disable Windows 10 64 bit driver signature enforcement:

  1. On your 64 bit Windows 10 desktop click on Start then on Settings.
    Start > Settings
  2. Click on Update & security.
    Update & Security
  3. Click on Recovery and under Advanced startup click on Restart now button.
    Recovery > Restart Now
  4. Click on Troubleshoot then on Advanced options.
  5. Click on Startup Settings then on Restart button.
  6. The computer will restart with the Startup Settings screen.
  7. To disable the driver signature enforcement until next restart press on number key 7 or F7 on your keyboard.
  8. After restart you can proceed with the unsigned MTK drivers installation for your 64 bit Windows. Please use steps to install driver for Windows 7/8 above.
  9. After you install the unsigned drivers, to use them again in the future, you have to repeat this procedure.

Redmi Note 3G - Fix Bootloop


Sebelum ini aku dah berjaya downgrade dari MIUI8 ke MIUI7. Semuanya okay kecuali masalah NVRAM WARNING tu. Sebab ROM Global tidak didatangkan dengan fungsi root, jadi aku cuba guna cara lain dan akibatnya aku dapat masalah bootloops.

Bootloops

Bootloops ini adalah masalah bila handphone akan sentiasa reboot. Bile aku tekan butang POWER, handphone akan terpasang dan akan menunjukkan logo Xiaomi (Mi). Kemudian logo ini akan berkelip sekali dan logo Powered by Android akan turut keluar dibahagian bawah logo Xiaomi. Logo ini akan terus ada sehingga ia berkelip sekali lagi dan akan reboot semula. Perkara ini akan berulang-ulang walaupun aku dah tinggalkan phone ni berjam-jam. Memang tidak akan dapat masuk ke dalam paparan utama MIUI7. Sebab bengang, aku siap campak handphone, tapi tak okay jugak.

Cara untuk memberhentikan reboot ini adalah hanya dengan mencabutkan bateri sahaja.

Jadi sebab dah pernah berlaku, aku pun carilah balik cara-cara nak selesai masalah ini. Nak beli handphone baru tengah nak raya ni memang sakitla....


How to fix bootloop?

What you need:

Please follow this setup to install MTK Driver

Steps to fix bootloops:

  1. Extract the downloaded file.
  2. Open the extracted folder and find flash_tool.exe. Run as administrator.
    Run as administrator
  3. Click Yes for User Account Control.
  4. Extract the Fastboot ROM.
  5. In the SPflash Tool, click Scatter-Loading and find for MT6592_Android_scatter.txt file inside extracted Fastboot ROM folder.
  6. Now take out your battery phone and SD Card. (Don't put it back till finish flashing)
  7. Press Download in SPFlash Tool. NOTE: CHECK USRDATA OPTION IF YOU NEED OLD BACKUP.
    Click Download
  8. Connect your phone to PC.
  9. If do it properly, you will see yellow loading bar. Wait till it finish.
  10. You'll see "Download OK" status after successfully flashing.
This ROM doesn't come with root function, so before you update to latest version (V7.3.1.0.KHDMIDD - MIUI7) , root your phone to solve the NVRAM problem. I personally use this file. The root will gone after you flash to new ROM.

HM_Note_3G_SuperSU.zip

  1. Place the downloaded file into your internal storage.
  2. Go to Folder Tools > Updater.
  3. Click (...)
  4. Select "Choose update package".
  5. Select your HM_Note_3G_SuperSU.zip in your internal storage.
  6. Wait till it finish flashing. 
  7. Follow instruction to restore your Wi-fi and Bluetooth MAC Address files.

Redmi Note 3G - Downgrade MIUI8 to MIUI7

Redmi Note 3G

Sudah berbulan-bulan aku pakai ROM MIUI7 China Developer version untuk handphone Redmi Note 3G aku. Hampir setiap minggu akan ada update baru dengan ciri-ciri yang bagi aku agak menarik. Walaupun berdepan dengan masalah tulisan cina yang kadang-kadang masih ada di dalam beberapa app dari Xiaomi, tapi sebab nak keep up-to-date punya pasal, aku tetap bersabar. Lagipun ROM ni disediakan fungsi 'root'.

Minggu lepas seperti biasa dapat lagi update baru. Disebabkan aku set auto download, update tu terus download bila ada sabungan wi-fi. Aku pun terus pilih untuk pasangkan ke dalam handphone. Siap pasang, rupa-rupanya major update, MIUI8. Paparan memang cantik, scroll-down menu pun menarik dan terdapat beberapa ciri baru yang menarik dalam MIUI8 ni.

MIUI8
ROM versi China ni sebenarnya tidak mesra app dari Google sebab dah undang-undang China sekat produk Google. Jadi ROM ni tidak didatangkan sekali dengan Google Account Manager, Gmail, Google Play Service, Play Store, Google Calendar dan semua app dari Google. Jadi nak guna app ni kena pasang menggunakan Google Installer. Selama ini tidak ada masalah tetapi untuk MIUI8 ni, aku langsung tak dapat nak pasang Google App. Antara masalah aku:
  1. Email baru tak masuk dalam Gmail
  2. Tak dapat update event dalam Google Calendar
  3. Contact tak update
  4. Langsung tak boleh masuk Google Play Store
Jadi aku buat keputusan untuk downgrade ke MIUI7 Global version.


Before you start!

Please make a backup for all your important files. My Note 3G give "NVRAM WARNING Err = 0x10" every time I do a clean wipe out. So make a copy of your Bluetooth and WiFi MAC address.

To fix NVRAM Err = 0x10, please follow this link.

How to Fix NVRAM Err = 0x10


How to backup Wifi and and Bluetooth MAC address

What you need:
Step to backup:
  1. Turn off your Wifi and Bluetooth adapter.
  2. Start you root file manager and locate the filenamed Wifi and Bluetooth in the location Data/Nvram/APCFG/APRDEB, make a copy of this on your phones SD card
  3. Copy this file to your PC. Please keep this file safely because you may need it every time you flash (full wipe out) to new firmware.
Step to restore:
  1. Turn off your Wifi and Bluetooth adapter.
  2. Start you root file manager and locate the filenamed Wifi and Bluetooth in the location Data/Nvram/APCFG/APRDEB, delete the files.
  3. Copy your backup Wifi and Bluetooth MAC address files from your SD card and paste it in Data/Nvram/APCFG/APRDEB
  4. Please change the file permission by selecting the file and go to Properties.
  5. Change the permision to R--R--R-- . (Read permission and no Write or execute permission.)

Downgrade MIUI8 to MIUI7

What you need:
  1. ROM MIUI7 Global Version
Step to downgrade:
  1. Copy the downloaded ROM to your SD Card.
  2. Go to Folder Tools > Updater.
  3. Click (...) - Upper right
  4. Select "Choose update package".
  5. Select your downloaded ROM.
  6. Wait till it finish flashing. 
  7. After it fully restart, go to Folder Tools > Updater.
  8. Click (...) 
  9. Now select "Reboot to recovery mode". 
  10. In recovery mode, use your volume button to highlight "Wipe and Reset". Use power button to select. 
  11. Select "Wipe all data" (your external storage will not be wipe out, so don't worry). 
  12. Go back to Mainmenu and Reboot to system. 
  13. Done. 

Khamis, 16 Jun 2016

Windows: Automatic Login


Biasanya kalau di rumah bila buka Windows, memang nak cepat terus masuk ke Desktop tanpa ada login. Jadi macam mana nak buat auto login ni. Tetapi sebelum itu, pastikan anda hanya lakukan autologin ini di komputer persendirian di rumah atau tempat-tempat yang anda yakin selamat. Biasa aku buat pada komputer HTPC (Home Theater PC). Jadi bila hidupkan, akan terus masuk ke paparan Desktop atau perisian HTPC yang ada.

Untuk Windows 10 (versi lain lebih kurang sama)
  1. Click pada butang Search (simbol Kanta Pembesar).
    Butang Search (Magnifying Glass)
  2. Taip netplwiz, tekan netplwiz.
    Taip netplwiz
  3. Pilih akaun yang anda mahu masuk secara automatik (a). Kosongkan kotak (unchecked) "User must enter a user name and password to use this computer" (b). Tekan OK (c).
    User account
  4. Masukkan username dan password untuk akaun. Tekan OK.
    Masukkan username dan password akaun
Ok, siap.

Selasa, 14 Jun 2016

Freeletics - Langkah seterusnya

freeletics don't quit

Masa aku mula-mula nak buat Freeletics, aku memang tak tahu apa-apa. Semangat ada, tapi tak tahu nak buat apa. Puas cari di internet "training schedule' yang ada tapi ada sedikit dan sudah lama.

Aku memang plan tak nak gunakan servis berbayar dalam 3-6 bulan pertama ini. Nak tengok macam mana perubahan pada diri. Oleh sebab aku pernah mengalaminya sebelum ini, aku senaraikan perkara-perkara yang anda mesti buat kalau nak kekal lama buat Freeletics ni.


1. Tetapkan matlamat


Dalam apa perkara yang kita nak buat mesti ada matlamat. Baru boleh tahu sudah capai atau belum dan ada arah tuju. Kalau aku, matlamat awal hanya nak turun berat badan dan kekal cergas. Tak banyak, dari 78 kg ke 64 kg dalam 6 bulan. Kebetulan ada Biggest Loser Challenge, aku pun daftar sekali. Tapi untuk jangka masa panjang, sudah tentu untuk kesihatan.


2. Tonton video pergerakkan eksesais

Contoh video eksesais

Antara paling penting dalam Freeletics adalah kesempurnaan pergerakkan (perfect form). Cara nak dapatkan perfect form ini adalah dengan menonton video yang ada dalam app. Cuba fokuskan kepada tip-tip yang diberikan dan cuba lakukkan. Sejak buat Freeletics ni, aku selalu dengar nasihat tak perlu kejar masa, yang penting perfect form. Ya betul! Bila kita fokus untuk sentiasa buat perfect form, jumlah masa akan lebih cepat dengan sendirinya. Pencapaian yang perlahan tetapi konsisten lebih baik daripada, mengejar masa tapi 'form' ke laut. Sebab badan dah biasa dengan pergerakkan senaman, lama-lama akan jadi lebih mudah.


3. Biasakan diri dengan pergerakkan eksesais

Mulakan Freeltics dengan melakukan eksesais 'standard':
  • Push-up
  • Sit-up
  • Burpee
  • Squat
Lakukan setiap eksesais dalam kiraan 10 atau 25 ulangan setiap satu untuk membiasakan diri. Eksesais ini adalah yang paling asas yang akan sentiasa dibuat di dalam workout. Tapi ini untuk 1-2 hari pertama. Jangan sampai 2-3 minggu buat eksesais asas sahaja. Lepas 2 hari, boleh dah nak cuba workout.


4. Cuba workout Morpheus - Standard

Workout Morpheus - Standard

Morpheus adalah salah satu workout yang agak mudah jika dibandingkan dengan workout yang lain. Cuba habiskan dengan melakukan pergerakan sempurna. Jika anda tidak yakin, boleh mulakan dengan Morpheus - Endurance. Tidak perlu susah hati kalau mengambil masa yang lama untuk habiskan workout sebab itu memang perkara biasa. Selain Morpheus, boleh cuba Nyx - Endurance dan Athena - Endurance untuk minggu pertama.


5. Ikuti kumpulan Freeletics

Freeletics Pahang

Bersenam secara berkumpulan memberikan kuasa dorongan yang lebih. Ahli kumpulan biasanya akan memberi dorongan untuk anda menghabiskan sesuatu senaman. Dengan berkumpulan juga, kita dapat memastikan pergerakkan anda betul atau tidak. Melihat pencapaian ahli kumpulan juga dapat membantu kita menjadi lebih bersemangat untuk menghabiskan setiap menu. Dan yang paling penting banyak perkara baru yang anda boleh belajar jika ada group. Setakat ini aku ikut group whatsapp Freeletics Pahang. Memang best!
Freeletics Pahang


6. Ikut menu

Contoh Menu

Disebabkan aku pilih untuk kekal guna yang free, jadi tiada training schedule dari Freeletics. Memang pada mula aku cuba satu-satu workout (yang mudah). Tetapi lepas ikut group, baru ada menu. Aku ada masukkan screenshot menu-menu yang telah dibuat di setiap pos mingguan. Setiap orang mempunyai tahap kecergasan yang berbeza jadi boleh jadikan menu-menu ini sebagai panduan. Kadang-kala seperti yang terjadi pada aku, kejang otot perut dan melecet, jadi aku tukar sikit menu tu ikut kesesuaian. 


7. Jangan cepat mengalah

Buat workout memang memenatkan tetapi jangan cepat mengalah. Freeeltics tiada fungsi 'PAUSE'. Tetapi kalau penat boleh berehat sebentar di antara setiap pergerakan.

Contoh:
Untuk burpess boleh buat dalam kiraan 5, rehat, 5, rehat, 5, rehat... untuk cukupkan 25. Biasa juga terjadi bila di pusingan terakhir, burpees dah jadi 3,3,2,3,1,1,...... dan kadang-kadang berehat sampai seminit. Janji habiskan workout. Lama-lama akan improve.



Okay, aku rasa itu saja yang mampu aku fikirkan buat masa ini. Yang ini semua dari pengalaman aku setelah lebih sebulan terjebak dengan Freeletics. Sekarang baru nak masuk 7 minggu, hampir separuh jalan. Mula-mula memang perit siap ada rasa nak muntah. Tapi memang seronok bila ada group sebab bukan aku sorang saja yang rasa perit dan seronok dapat tengok pencapaian kawan-kawan group.

Aku sendiri masih tak mahir lagi tapi masih terus improve. Ada eksesais yang aku rasa seperti mustahil untuk aku lakukkan sebelum ini tetapi sudah aku lakukkan (DIONE!) walaupun masa masih out. Next step nak cuba pull bar. Rekod masih 0.

Selasa, 7 Jun 2016

Buah tembikai

watermelon
Buah tembikai merah

Di bulan Ramadhan ni, antara favorite aku adalah berbuka dengan air jus. Dan yang paling best adalah jus tembikai merah. Lebih-lebih lagi buah tembikai ni rendah kalori dan banyak khasiat.

Siapa sangka buah tembikai ini berasal dari Afrika Selatan  dan memerlukan suhu melebihi 25°C untuk hidup dan membesar. Terdapat juga tembikai yang boleh hidup di padang pasir. (sumber: wikipedia)

jus tembikai
Jus buah tembikai

Khasiat buah tembikai

Membantu mengawal tekanan darah
Buah tembikai mengandungi Arginine dan citrulline yang dapat membantu melancarkan saluran darah.

Membantu mengurangkan kolestrol
Vitamin C dan potassium yang ada dalam buah tembikai juga membantu mengurangkan kolestrol tidak baik di mana ia turut dapat mengurangkan hypertensi yang disebabkan oleh obesiti.

Mencegah kanser
Ia juga mengandungi unsur anti-oksida daripada karatenoid dan nutrien yang ada di dalamnya. Disebabkan buah tembikai dapat membantu mengimbangi tahap pH dalam badan, ia membantu menyeimbangkan kadar asid dan keaklian dalam badan kita dan membuang toksik.

Mengurangkan masalah terhidrat
92% kandungan buah tembikai adalah air yang dapat membantu mengurangkan suhu badan. Buah tembikai juga mengandungi fibre-fibre yang mudah dihadam yang dapat mengurangkan masalah tidak lawas.

Kulit yang sihat
Tembikai juga baik kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk membuatkan rambut menjdai lembap serta sangat diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Memang banyak khasiat buah tembikai ni tapi ada juga kemudaratannya. Sedangkan ubat pun boleh jadi racun.

Kemudaratan

Masalah pencernaan
Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak, buah tembikai ini boleh mengganggu sistem pencernaan dalam tubuh badan. Pemakanan  buah tembikai secara berlebihan boleh menyebabkan gejala loya, muntah-muntah, cirit-birit, kembung, gas dan senak. Gejala ini lebih teruk sekiranya berlaku kepada warga tua yang mempunyai sistem percernaan yang lemah disebabkan usia.

Masalah kardiovaskular
Tembikai mengandungi kuantiti kalium yang sangat baik. Tiga cawan tembikai mengandungi kira-kira 560 mg kalium. Mempunyai tahap kalium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti degupan jantung yang tidak teratur, nadi lemah dan boleh membawa kepada serangan jantung. Tahap kalium yang tinggi juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan kawalan motor. Ini adalah lebih penting bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang, kerana buah pinggang mereka tidak dapat mengeluarkan kalium yang berlebihan.

Reaksi alahan
Sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alahan kepada pemakanan tembikai, seperti ruam kecil kepada ruam yang teruk dan bengkak muka. Mereka yang mengalami alahan kepada getah, lobak merah atau timun mungkin lebih terdedah kepada alahan tembikai

Cara memilih buah tembikai

Hari ini aku jadi pakar buah tembikai hasil kajian dari Universiti of Google.

Yang aku nampak kebiasannya orang ketuk-ketuk kulit tembikai. Bunyi sedap jer, diorang beli. Aku pun selalulah cuba ketuk-ketuk tapi akhirnya tetap minta penjual tolong pilihkan. Alhamdulillah, setakat ni ok saja diorang pilihkan. Penjual yang jujur.

Yang di bawah ini gambar aku ceduk dari google. Pernah dapat dalam facebook tapi tak disimpan.

Cara pilih buah tembikai manis
Cara pilih buah tembikai manis

Cara-cara lain

  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih licin (dah matang), kalau kasar masih muda.
  • Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.
  • Jalur bertemu jalur di bahagian bawah.
  • Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih.
  • Jalur yang agak sekata
  • Bila ketuk-ketuk atau jentik-jentik, cari yang bunyi padu dan padat (banyak air).
  • Pilih tangkai tua yang senang cabut.