Baru-baru ini kepala paip di dapur patah. Sebabnya blind tingkap bila diturunkan selalu terjatuh terkena kepala paip. Bila dah berbulan-bulan kena hentak, terus patah. Biasalah.. beli yang murah-murah saja.
Bila dah patah ni, susah nak keluarkan baki yang tertinggal sebab tidak ada kepala paip untuk dijadikan pemulas. Cari-cari di internet tak jumpa pulak cara yang sesuai, jadi aku pergilah ke kedai hardware yang terdekat. Terus tanya dengan perkerja di situ ada tak alat untuk keluarkan baki kepala paip dalam dinding. Terus dia tunjukkan besi tajam ni.
Guna peralatan ini saja
Aku tak ingat apa nama besi tajam ni. Tapi pekerja tu syorkan aku guna yang ini. Pastikan guna cerucuk yang hujungnya bersegi macam dalam gambar tu.
Masukkan dalam lubang paip dan ketuk sedikit
Cara guna memang mudah, masukkan cerucuk tu dalam lubang kepala paip yang patah dan ketuk-ketuk sikit biar masuk ke dalam. Bahagian yang bersegi-segi di kepala cerucuk itu akan buatkan baki paip ada alur untuk memudahkan kita pusing baki tu. Lepas ketuk, pusingkan arah lawan jam untuk keluarkan baki kepala paip. Kalau tak boleh jugak, ketuk kuat sedikit untuk cerucuk tu cengkam lebih. Tapi hati-hati takut lubang paip tak cukup dalam.
Dapat juga keluar
Dah keluar tu, kenalah cari kepala paip baru. Kali ini beli yang tahan skit. :)
Tak banyak tip kali ini sebab trail bukit. Bila tak biasa training naik bukit ni, memang terasa sakit kaki walaupun hanya 4km. Walaupun banyak berhenti, tetapi sebab dah lama berehat aku cepat rasa penat.
Forerunner 235
Kali ini aku dapat cuba Garmin Forerunner 235 ada masa nak cuba betul-betul jam ini sebab masuk trail lambat sikit.
Skrin jam ini memang ok tapi bukan touch screen. Seperti Garmin Forerunner 980XT sebelum ini, mula-mula aku rasa agak sukar nak guna jam ini tetapi lepas lebih 10 minit, ok dah. Dibandingkan dengan Forerunner 980XT, Forerunner 235 ada fungsi heart rate. Jadi aku berkesempatan bandingkan fungsi heart rate Forerunner 235 dengan Mi Band 2.
Forerunner 235 vs Mi Band 2
Secara kesuluruhannya bacaan Mi Band kurang 20-30 daripada Forerunner 235. Memang banyak perbezaan. Jadi yang mana lebih tepat? Setelah kira secara manual, heart rate aku ketika waktu rehat (berdiri dan sedikit pergerakan) adalah dalam 70-80. Mi Band 2 mendapat bacaan dalam 70-75 dan Garmin Forerunner 235 mendapat bacaan 70-75 juga. Tetapi ketika berlari dan aktif, terdapat jauh perbezaan bacaan. Dalam keadaan ini aku tak dapat nak kira secara manual jadi tak tahu bacaan mana yang tepat. Untuk Mi Band 2, ketika aktif mendapat bacaan 110-140 dan untuk Garmin Forerunner 235 mendapat bacaan 130-170. Jadi tak pasti mana yang tepat.
Dari segi pengesan pula, Forerunner 235 lebih mudah mengesan heart rate daripada Mi Band 2. Sebelum ini aku ada terangkan Mi Band 2 ini menghadapi masalah untuk mendapatkan bacaan heart rate. Untuk Forerunner 235, tiada masalah untuk mengesan walaupun tengah berlari dan tangan berpeluh.
Dari segi harga memang seperti langit dan bumi. Mi Band 2 harga biasa adalah RM125 dibandingkan Garmin Forerunner 235 iaitu RM1,550. Tetapi fungsi GPS memang memudahkan aku untuk rekod jarak larian. Tidak perlu bawa handphone. Jadi my next wishlist, Xiami masukkan GPS pulak dalam Mi Band. Sebelum ini harap ada skrin, dah jadi kenyataan.
Harap-harap kelas seterusnya aku dapat cuba Fenix pulak.
Sudah beberapa hari ada orang tu sibuk pasal i-THINK. Masalah nak loading. Dari subuh sampai ke malam asyik nampak roda pusing-pusing tak berhenti-henti. Mula-mula tu masalah tak jumpa link, kemudian masalah nak download Java dan akhirnya bila dah install semua, masalah loading pulak. Kesian.. banyak masalah jugak nak pakai sistem ini. Tapi sebab dah wajib, cikgu-cikgu kena juga hadap.
Kalau pakai sistem Java di PC memang akan ada masalah begini sebab sebelum ini pun pernah alami. Memang pelik kalau pakai sistem ini sebab kena pakai versi Java yang disyorkan sahaja. Jadi kalau jenis yang sentiasa kemaskini (update) Java, akan ada masalah nak masuk sistem. Kadang-kadang tak keluar langsung dan kadang-kadang masalah loading. Jadi aku syak sistem i-THINK ini pun alamai masalah yang sama.
Pastikan muat turun aplikasi seperti Mozila Firefox, Java dan Flash melalui link yang diberikan.
Kalau tak berjaya, baru ikut apa yang saya tulis di bawah.
Semak versi Mozilla Firefox 32-bit atau 64-bit
Cara paling mudah, type "about:support" dan Enter.
Type about:support dan Enter
Dalam ruangan Application Basic cari User Agent dan lihat versi Firefox.
User Agent
Kalau anda lihat
Maksudnya
Win64; x64
64-bit Firefox
WOW64
32-bit Firefox on 64-bit Windows
(selain dari yang di atas)
Anda menggunakan 32-bit Windows
Untuk i-THINK, kita memerlukan 32-bit Firefox. Jadi dari screenshot itu, Firefox ini sesuai digunakan.
Kalau anda mendapat 64-bit Firefox, sila install 32-bit Firefox. Tetapi besar kemungkinan anda menggunakan sama seperti di atas sekiranya muat turun dari link i-THINK.
Cara muat turun Java SE 7
Dari pengalaman malam tadi, aku tak dapat nak muat turun Java dari laman i-THINK. Dapat status "File Transfer Blocked". Kalau muat turun dari laman Oracle, akan muat turun Java JRE yang terkini iaitu Java JRE 8. Java versi ini tak serasi dengan sistem i-THINK dan ia juga adalah 64-bit yang tidak serasi dengan Firefox 32-bit.
Isnin ni aku ambil cuti sehari sebab nak buat wiring rumah. Walaupun wireman developer dah tambah fius, tetapi penambahan wiring untuk lampu dan kipas kena buat sendiri. Disebabkan ada tambahan ruang tamu, jadi banyak wiring yang perlu dibuat.
Point lampu dan kipas di ruang tamu
Agak sukar nak buat wiring di ruang tamu tambahan ini sebab terpisah dengan dinding di atas siling. Jadi kena buka atap genting dan langkau dinding. Tengah-tengah kusyuk buat wiring, tak sedar hujan turun, jadi satu kerja pulak kena mop sebab air hujan masuk. Susah buat wiring masa musim hujan ni.
Bumbung pula amat rendah, tak boleh nak berdiri. Terpaksa merangkak. Kaki pun lenguh-lenguh. Walaupun hari hujan tetapi rasa macam dalam sauna. Berpeluh macam lepas workout.
Untuk rumah ni kecuali ruang tamu tambahan, aku pakai lampu panjang LED mengantikan lampu pendaflour. Disebabkan harga lampu LED sudah hampir sama dengan lampu pendaflour jadi aku pilih lampu LED sebab lebih jimat elektrik. Harga satu set boleh dapat bawah RM15. Mula-mula survey di MR DIY harga dapat dalam RM24. Tetapi bila pergi kedai peralatan elektrik yang biasa aku pergi, diorang jual RM13.50 jer. Tapi 'casing' dia macam lampu pendaflour biasa. Nak pasang kena cabut 'casing' dulu. Kalau Mr DIY pakai klip saja.
Jadilah.. budget punya pasal...
Untuk ruang tamu, atas permintaan orang rumah, aku pasang lampu downlight. Pakai siling lepar simen, bukan kapur. Jadi kurang cantik bila guna lampu downlight ni. Nak pasang pun agak sukar sebab siling ni keras dibandingkan dengan siling kapur. Drill aku pulak dah lama rosak sejak tenggelam banjir 2013. Terpaksa buat cara manual. Macam-macam cara aku cuba, tapi yang paling senang aku tebuk lubang guna screwdrive sekiling bulatan kemudian guna pisau untuk potong. Ada jugak yang terpecah-pecah tetapi boleh cover dengan cat nanti. Nak buat macam mana, nak jimat kos.
Guna jangka lukis untuk bulan dan screwdriver mata philip untuk tebuk lubang kecil
Di bawah ini aku tulis harga barang-barang yang aku beli.
Harga
Nota
Lampu LED T8 Mr DIY
RM24
Mudah pasang
Lampu LED T8 20W
RM13.50
Suis 1 hala 3-point (3 gang 1 way)
RM4.80
Suis 2 hala 4-point (4 gang 2 way)
RM9.70
Suis 1 hala 4-point (4 gang 1 way)
RM
Wayar 1.5mm (1 gelung)
RM35.00
Wayar 2.5mm (1 gelung)
RM55.00
Cara pemasangan
Sebenarnya nak pasang wiring tak susah, tetapi kena berani dan kenal jenis wayar. Terdapat beberapa cara sambungan dan antaranya:
1 Suis, 1 lampu
Satu suis, satu lampu
Sambungkan wayar Hidup (merah) ke suis dan wayar Neutral (hitam) ke sambungan neutral lampu. Sambungan Hidup (Live) lampu disambungkan ke suis. Biasa guna wayar hidup yang lain dari merah. Untuk wayat Bumi (hijau), sambungkan ke badan lampu.
1 suis, 2 lampu
Satu suis, dua lampu
Sama seperti 1 suis, 1 lampu, untuk sambungan ini, wayar hidup L1 dan L2 disambungkan terus. Satu wayar hidup dari salah satu lampu L1 atau pun L2 disambungkan ke S1. Kedua-dua L1 dan L2 akan menyala bila S1 dipetik.
2 suis, 1 lampu
2 suis, 1 lampu
Sambungan yang ini nampak mudah dalam diagram tetapi bila melibatkan wiring di atas siling, memang agak rumit sebab banyak wayar yang digunakan. Untuk sambungan ini, suis dua hala digunakan. Kebiasaanya gaya sambungan ini digunakan di tangga. Satu suis di bawah dan satu suis di atas. Bila suis S1 dipetik, lampu L1 akan menyala dan apabila suis S1 ataupun S2 dipetik L1 akan terpadam. Jadi tak perlu turun tangga untuk tutup lampu.
Sebelum ini aku tak pernah mencuba sambungan ini tetapi sebab untuk loteng rumah, aku cuba buat sambungan ini.
Kiri Loteng, Kanan Bawah
Agak berserabut kepala nak buat wiring lebih-lebih lagi bila buat sorang-sorang. Kena naik turun tangga. Di tingkat bawah juga ada lampu dan kipas jadi memang berselirat dengan wayar. Bila banyak-banyak wayar macam ini, amat penting ada pelbagai warna wayar untuk kena wayar hidup. Kalau semua pakai merah, memang kena "trial and error". Tetapi sebab aku nak "save budget", aku akan tanda dengan wayar tape jer, lagi jimat.
Selesai sudah wiring untuk ruang tamu dan bilik tengah. Untuk dapur dan bilik belakang kena tunggu cuti lain.
7 bulan yang lalu, nak jogging 1 km pun tak mampu.
7 bulan yang lalu jugak, doktor kata aku berisiko untuk kena tekanan darah tinggi. Siap kena nasihat untuk jaga makan dan bersenam.
30 minggu yang lalu aku mula buat Freeletics.
3 tahun lepas, berat tak sampai 80kg tapi dah macam kena pam
30 minggu lalu...
Sebelum aku kenal Freeletics, pertama kali dengar tentang senaman HiiT adalah dari kursus Getting Fit - Healthy Lifestyle. Bermula dari situ, aku mula buat senaman biasa seperti Pushups, Situps dan Squat. Tetapi hanya bertahan beberapa hari. Walaupun dah kena nasihat doktor, masih kurang motivasi nak bersenam ni.
Kemudian aku teringat pasal Freeletics. Pernah terbaca tentang aplikasi ini tetapi masa tu hanya sekali lalu sebab tak minat. Kebetulan ternampak post tentang Freeletics di Facebook, jadi aku cuba install dan cuba buat workout pertama.
Aku bermula dengan 2/5 Morpheus. 2 pusingan saja tetapi ambil masa hampir 4 minit. Masa tu memang azab nak habiskan 2 round. Pushups pulak hanya mampu buat 5. Sebab rasa macam susah sangat, rasa malas tu datang. Tetapi cuba jugak selama seminggu. Dalam masa yang sama aku mula juga jogging. Test run... memang mencungap nak habiskan 4km saja...
Workout Minggu #1
Pertama kali cuba 10 pusingan balapan
Minggu ke-2, Bro. Rejim masukkan aku dalam group Freeletics Pahang. Mula-mula tu rasa macam poyo jugak sebab rasa macam tak percaya jer nak terus buat Freeletics ni, tapi impaknya sangat besar. Lepas masuk group ni, bersemangat nak ber'Freeletics' lebih-lebih lagi lepas buat workout dengan kawan-kawan di SUKPA, 11hb Mei 2016.
Masa tu kena buat 10 Push, 10 Situps, 10 Squat, Morpheus dan Nyx. Banyak masa berehat antara workout tetapi sampai Nyx tu tetap rasa sangat penat sampai tak mampu nak bangun dah, nak buat Stand Up pun kena tolak dengan tangan. Mula-mula ingat Nyx ni 3 round saja jadi senang nak buat, tetapi azab. Tetapi masa inilah berjumpa dengan geng-geng Freeletics yang masih kekal bersama-sama buat benda memenatkan ni.
14hb May 2016 (Sabtu), 1st Official Mass Workout untuk Freeletics Pahang. Yang ini memang ramai yang hadir. Kena buat Metis, Morpheus dan Prometheus. Boleh tahan jugak azabnya. Pertama kali rasa nak termuntah bila bersenam. Memang rasa nak berhenti jer.
2nd Mass Workout
2nd Mass Workout di minggu ke-2, lagilah sakit badan. Kena buat Dione. Nasib baik hujan masa round terakhir. Sejuk sikit badan. Dione pertama kali ni mengambil masa 1 jam lebih, itu pun selepas beberapa kali mengelat, form tak perfect. Masa ni aku tak beli Exercise Mat lagi, jadi bawak alas meja yang ada anti-slip. Janji ada alas...
Berbunga-bunga alas meja
Dan minggu-minggu seterusnya aku terus buat Freeletics walaupun masa bulan puasa (ada post dalam blog ni). Dari biasa buat sorang-sorang di rumah sehingga Mini Stadium IIUM Kuantan dah jadi tempat aku berpeluh petang-petang bersama geng-geng Freeletics. Memang kadang-kadang rasa malas akan datang dan kadang-kadang tak sempat buat. Tapi bila tengok geng-geng lain buat, memang akan ada rasa semangat nak teruskan.
Freeletics Pahang
Mengapa Freeletics?
Kenapa aku pilih Freeletics? Sebenarnya bukan hanya Freeletics yang aku cuba buat. Dalam masa yang sama ada juga aku cuba Tabata, berjogging dan lain-lain. Tetapi kenapa aku lebih fokuskan Freeletics? Sebabnya ada komuniti Freeletics Pahang yang superb. Group whatsapp memang aktif sesangat. Memang kena 'mute' terus. Yang bestnya bukan hanya cerita pasal Freeletics saja tapi macam-macam.
3 orang budak botak sekarang ni
Tetapi sebab utama aku masih kekal dan fokus dengan Freeletics ini disebabkan adanya 2 orang hebat. Sepanjang 6 bulan ini diorang masih terus bersemangat dan kental untuk ber'Freeletics'. Literally, dari fat to fit. Bro. Ikmal a.k.a. Botak dan Bro. Salehuddin a.k.a. Pok Leh. Kalau nak tengok perubahan ketara disebabkan Freeletics ni, boleh tengok diorang. Terbaik...
Bukan saja Freeletics, long distance run pun cuba buat
Bagi aku, tak kisahlah nak buat apa pun, janji kena maintain.
Mula-mula aku sorang jer di sini
Diet?
Susah nak berdiet ni sebab dah bertahun cuba tapi tak berjaya. Tetapi kali ini aku lebih kepada kawal permakanan dan kurangkan air bergula.
Kalau dulu roti canai banjir 2 keping sekali makan. Kekadang sampai 3.
Nasi kalau tak mengunung tak sah.
Minuman kegemaran Milo Ais memang selalu dipesan bila keluar makan. Sampai office mate pun tahu apa yang aku nak pesan bila nak mnum.
Tapi sekarang yang aku sebut tu dah kurang.
Roti canai, sebulan mungkin sekali.
Nasi, memang segenggam saja.
Milo ais, kadang-kadang seminggu sekali. Biasanya tak.
Makanan bergoreng masih lagi makan sebab masih tak rajin nak sediakan bekal ke tempat kerja. Kalau makan di Cafe, memang takde pilihan dah.
6 bulan kemudian
6 bulan kemudian.. berat aku 63kg.
6 bulan kemudian... tekanan darah dah turun.
6 bulan kemudian... aku mampu berlari 10km (okaylah.. yang last ni masih kurang lagi).
Uda Bridge Run - Pekan
6 bulan akan datang
Kemungkinan akan mula masuk gym. Bukan nak berketul-ketul tetapi lebih kepada untuk strength saja. Target loss %fat.
Long distance, may be not my forte. Sakit kaki punca utama. Tetapi masih lagi boleh diusahakan. Masih lagi target nak buat Marathon satu hari nanti.